Thailand ni memang destinasi wajib untuk rakyat Malaysia. Dekat, makan sedap, hotel murah, urut pun “halus-halus tapi padu”. Tak pelik kalau ramai ulang pergi sampai pegawai imigresen pun dah boleh angkat kening sambil cakap, “You again?”
Nak masuk Thailand pun ada banyak cara — kapal terbang boleh, kereta api boleh, bas pun boleh. Tapi yang paling champion, paling ramai suka: memandu kereta sendiri. Sebab bila drive, kita bebas nak berhenti mana-mana: nak beli pulut mangga, nak bergambar dengan signage pelik, atau nak singgah 7-Eleven seratus kali pun tak ada siapa bising. Dalam 7-E sana lain macam godaan dia — air pun tak pernah jumpa warna macam tu.
Tapi sebelum kita terjun semangat “Roadtrip Thailand Style”, ada benda penting kena ambil tahu. Tak kisah lah kereta sendiri atau kereta sewa, kalau tak ikut undang-undang mereka, silap-silap anda yang jadi "tarikan pelancong" dekat balai polis. Percayalah, itu bukan gambar kenangan yang anda nak tunjuk cucu nanti.
Bagi yang pertama kali memandu ke Siam, perasaan dia memang lain macam. Teruja tak ingat dunia. Kalau boleh, elakkan jadi pemandu — sebab banyak sangat benda baru nak tengok. Lepas je imigresen, terus jadi jakun mode ON. Kamera keluar, handphone keluar, semua nak ambil gambar. Ini saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri masuk melalui Bukit Kayu Hitam — sumpah tak tipu, baru 5 minit dah rasa macam masuk dunia lain.
Lepas lepas saja kompleks imigresen Siam, kita akan masuk pekan kecil nama dia Dannok / Danok / Dan Nok — ikut mana yang senang sebut. Masuk-masuk je, kita akan nampak satu benda yang sangat “Thailand style”: sistem yang tak ada sistem. Orang keluar masuk suka hati. Motor Siam? Haa… itu lagi laju daripada logik. Kadang-kadang kita tertanya, “Ini jalan raya ke padang bola?”
Kemudian mata anda akan diserang oleh pemandangan paling ikonik:
7-Eleven berderet kiri kanan macam cendawan tumbuh lepas hujan.
Nak kira pun boleh pening.
Di sebelah salah satu 7-E tu (biasanya yang kiri), ada tempat tukar duit. Baik tukar siap-siap, sebab kalau shopping guna duit Malaysia, memang confirm rugi. Kita nak enjoy, bukan nak balik rumah sambil sedih kira bajet.
Lepas keluar Danok sikit, anda akan nampak satu lagi fenomena klasik sempadan Thailand:
orang jual petrol dalam botol di tepi jalan.
Inilah realiti hidup mereka di sempadan. Sosio-ekonomi tak semua orang bernasib baik. Selagi boleh cari makan, mereka usaha. Kadang-kadang kita tengok pun rasa sayu — untung pun bukan banyak mana, tapi itulah rezeki harian mereka.
Di pekan kecil yg bernama Danok ni, elok kita tidor satu malam. Baiknya semasa hendak keluar, sebab byk benda boleh beli di sini. Beras, beras pulut, sos tom yam.....Tempat makan malam duduk bersila, tak susah nak cari, di tepi jalan besar je. Di tempat inilah juga ada jual beras, tapi waktu siang saje. Dalam kedai ni, mercun dan bunga api pun ada jugak. Beli lah sikit2 untuk anak2. Kalau siang; makan di Lorong Masjid. Pastikan pesan awal-awal jgn pedas. Saya biasa tidor sini semasa hendak keluar. Shopping sini terbaik!
Lebih kurang 50 meter dari sempadan, ada kedai t shirt. Masuk je sempadan dia berada di sebelah kanan. Ia dihalang oleh gerai buah dan jajan-jajan. Inilah kedai t shirt paling murah di Thailand. Ini berdasarkan pengalaman saya di Phuket, Krabi dan di Bangkok.
Kalau kita ke Hatyai lebih baik kita terus juga ke Songkhla. Jaraknya mcm Ipoh dan Bercham atau KL dan Shah Alam. Di Songkhla ada bermacam benda yg kita boleh tenguk termasuk akuarium canggih. Pantai dia mmg cantik. Di sini ada ikan duyung tembaga mcm kat Eropah. Berebut-rebut orang nak bergambar, termasuk kita sendiri.
Cuba cari peta yg mcm di sini untuk panduan memandu di pantai Songkhla.
Bab kepala naga kat bawah ni...memandu tepi pantai nun jauh jugaklah, baru nampak ekor dia!
Kain kuning yg dililit tu maknanya ianya sudah mula disembah.
Air minum tak payah order! Masa lepak-lepak ada budak datang bawak air minum, pileh jer mana nak. Bab air mineral, kalau boleh bawak dari Msia sebab rasanya tak berapa sedap.
Ada satu patung tembaga kat tepi pantai yg ada meriam besar, orang Siam pi sembah mcm tuhan la pulak. Kalau nak bergambar, sila bukak kasut. nanti kena tegur....malu
Sewa hotel di Hatyai dah naik sikit. Dah jadi mcm bandar pelancung, mcm tu lah. Hatyai dalam daerah Songkhla, dan pusat pentadbiran pun di Songkhla. Tapi Hatyai pulak yg happening. Kalau bawa kereta, banyak hotel murah yg boleh kita menginap. Seperti hotel yg namanya Siam Centre, kawan aku kata murah giler, bilek besar, harga tak sampai 100 ringgit. Pekan dia banyak jalan sehala. Pagi dan petang jem sikit. Lain2 tu OK laaa.
Tarikan di Songkhla? ZOO. Zoo SONGKHLA, ni boleh drive kereta masuk. masa aku pergi, harga masuk ialah 15 ringgit sorang, dan tiket untuk kereta 5 ringgit. Kalau nak jahat sikit, bawa masuk dlm kereta pisang dan keledek banyak-banyak. Bagi makan rusa dan gajah.
Kalau harga t shirt cop Hatyai Krabi dll, sekitar 10 ringgit saja. Kalau lebih dari tu, jangan beli!
Proses/prosedur bawak masuk kereta. sila lihat blog ini. http://drivingtobangkok.blogspot.com/2013/01/tips-memandu-ke-phuket-dan-krabi.html
| Sedih! Ada juga yg jual ayam tak sembelih |
Kenalah guna calculator penjual tu. Kalau nak tawar harga, make sure 25% dari harga yg di offer. Kalau dia letak 100, kita ketuk kat calculator dia 25. Tenguklah nasib mcm mana. cuba buat2 tak mahu dan beredar....nasib baik dia panggil kita semula. TIPS. Pasar ni tutup pukul 5 petang!
Makan pagi, aku makan di atas pasar basah. sini pagi pun makan nasi. Terpaksalah makan lewat sikit, terus sebagai brunch [breakfast + lunch]. Kalau takut anak-anak lapar, bawa mee megi dan teh siap2. Roti gardenia pun ok jugak.
Udang galah goreng, kalau boleh elakkanlah. entah bila punya udang. Harga pun boleh tahan jugak mahalnya. Warung ini jual sekali mangga dan durian pulut. Pun mahal maximum.
Berhampiran tu ada kakak dan adek jual durian mangga. Muka decent giler. Bila tanya harga, baru tau decent ke tak.
Semua ni berada dekat bangunan McDonald. Kalau tenguk dlm peta, ia terletak dalam kawasan kelabu [grey area] ie kawasan pelancung.
| Amek ko...laksa Siam |
Sarapan pagi. aku makan di kawasan pasar. tingkat atas. ada bahagian untuk islam dan bahagian untuk bukan islam. ramai gak yg cakap melayu di sini.
Masaj badan. kueng kueng kueng. nama dia Niwandi. fon dia +62 813 753 9161. Dia seorang lelaki dan akan urut orang lelaki saja. yg bestnya....ini kalau anda ke Medan, bukan Hatyai. Satu jam setengah cuma 50 ringgit. takpa, simpan no fon ni, berguna bila anda ke Medan. ada wassap lagi pemuda ni. baik dan sopan, sekolah tinggi, cuma sana susah cari kerja. dia kerja kilang dan perlu dimaklumkan awal. fire fly ke Medan pun tak lah mahal sangat. Jadikan Medan sasaran seterusnya sebab harga flight tidaklah mahal sangat.
Makan malam. tempat paling istimewa ialah di round about Hatyai. harga OK. menu pun OK. dinasihatkan bayar bila dapat makanan. jika tidak, dia akan terlupa, dan akan letak harga yg paling mengarut. nak gaduh kita pun tak tau cakap siam. pusing round about tu sekali akan nampak warung-warung kat sini. malam jer tau!
Floating Market. Tempat ni tak bagus dia satu jer.....kemuncak berlaku pada waktu maghrib. kalau jama magrib isya OK la. Kot mana pun, baik sampai sekitar 5 petang, beli dan makan apa yg patut, dan balik. Kalau memandu ke sini, kena pandai tenguk peta atau GPS. Souvenir di sini tak menarik dan tidak berkualiti. Kawasan warung di atas lecak dan kotor.
Peniaga yg dlm bot tu 95% Islam. Mereka pakai pakaian tradisi. Ada mat lembut tu siap pakai ginju, dan songkok sekali. Jus buah di jual dalam mug, kita beli sekali dgn mug atau minum dlm buluh. Elok kongsi jer satu mug kemudian top up dgn harga yg lebih murah.
PEMERHATIAN SAYA. Orang Siam nampak lebih rajin dari kita dan lebih bersih. Tandas di setiap kedai minyak bersih. Orang muda bawak motorsikal yg diguna sebagai teksi. Mana2 anak dara dan perempuan berani naik...tak kisah. Rajin? Pick up diguna sepenuhnya. Pagi2 bawa budak sekolah dan pekerja. Lembu dan kerbau, kayu api, hasil kebun semua naik pick up. Kalau nasib baik, akan nampak gajah pun naik pick up. Orang siam amat hormat dgn tok sami. AMARAN. Jangan permain gambar raja mereka, dan patung2 di setiap tempat. Jangan pegang kepala anak2 sekolah.
Mana2 pun kita berada, bawa anak2 solat bersama.





No comments:
Post a Comment