KAMBING GOLEK

Sunday, December 30, 2018

snorkeling Sabah

CAKAP MELAYU kat perenggan bawah yer

“Many Westerners hesitate to visit Semporna in Sabah — a place that is actually breathtaking — because their fears are often shaped by hearsay and unreliable information. In reality, only a very small number would truly avoid this destination.”
Baru mangkit tidoq.... sakit perut memulas mulas. Jamban ada satu ja kat sini. 

Baru turun Buhay Dulang. Awek tu tekejut depa foto ramai-ramai dekat dia. Abang spy buat-buat baik.


Shopping kat supermarket.... barang2 untuk di infaq pada orang susah. Baju merah nampak cenge sebelum sakit perut.






Some businessmen here employ undocumented locals and treat them almost like slaves — underpaying them, denying overtime, and breaking promises. What they fail to realise is that these workers, though poor, have networks and connections of their own. In several cases, when they were cheated, they turned to people they knew… including pirates. Eventually, a few “towkays” and small bosses were kidnapped simply because the workers wanted their unpaid wages back.

Poor people are simple people. Treat them with dignity, respect, and fairness — and none of this would happen.

Semporna may feel a little underdeveloped, but the food is incredibly cheap and the seafood is unbelievably fresh. Visit our fish market and you will understand immediately. Accommodation and boat trips can be pricey for locals, but for foreigners they are still quite reasonable.

If budget is a concern, there are many backpacker hostels costing only RM30 to RM50 per night.

For travelling, use land transport during daylight. Express buses are reliable, safe, and allow you to enjoy the scenery and genuine Sabahan life along the way.

The nearest airport is Tawau, just about an hour’s drive from Semporna.

What can you do in Semporna?
Island hopping, snorkeling, short hill climbs (half-day activity), visiting the archaeology museum, and simply exploring the villages. You don’t need a formal tourist guide — a local guide is more than enough to help you enjoy all activities safely and meaningfully.

CAKAP MELAYU pulak...

Semporna memang best  bagi yang suka laut. Bagi spesies adventurous lagi la awesome! Sampai airport, naik pick up, jalan singgah warong buah, singgah supermarket beli beras gula dll untuk kita infaq kpd orang susah, kena ABC, masuk pekan Semporna, singgah Giant beli kacang goreng, air mineral, roti, sardin, then pegi jetty naik bot terus ke rumah penginapan di tengah laut.

Barang banyak nak angkat? di sana ada budak2 ambil upah angkat barang guna wheel barrow. Singgit jer utk satu trip.


oopps lupa pulak. Singgah dulu pasar ikan, beli ikan besar utk kita bakar di laut nanti. habaq kat penjual nak buat umpan.... murah sikit kot.

Tips beli tiket murah air asia murah? kalau tuan kaki melancung, cari dlm google. kalau orang biasa, BOOK tiket selepas tengah malam. Flight...cuba Selasa Rabu Khamis. Kalau ada kawan yg tahu lebih dari itu...suruh dia buatkan. Aku...? aku rela naik MAS. Amat jarang lewat atau batal flight.

apa nak buat di Semporna. naik bot, snorkling, panjat gunung, makan, shopping, masuk kg air, beli ikan....masak.


Bukit Bohey Dulang ni kalau rasa OK, kena daki. jgn mengalah.. malu kat amoi .... kalau dari rumah di laut tu kurang lebih 30 minit. Bot parking kat jeti dlm foto tu, kemudian bergambar sakan, lepas tu baru daki. Jgn lupa bawak naik coke atau air mineral sejuk. Dan datang awal pagi. Panas gaban tempat ni.

ITINERARI BERCUTI DI SEMPORNA

HARI PERTAMA
ambil tiket paling awal supaya sampai awal
bergerak ke Semporna [on the way kita lunch [kalau mahu] membeli dan makan]
naik bot dan bergerak ke rumah penginapan di laut
malam... memancing sotong dari atas rumah

HARI KEDUA
pagi2 buta dh terjun laut
sarapan
naik bot ke Bukit Dohey Dulang [bawak sandwich n nasi goreng  siap2]
on the way balik singgah pulau orang miskin infaq beras n gula
then singgah Pulau Sibu
memancing guna tin susu atau snorkeling kalau ndak
malam, memancing lagi selepas BBQ

HARI KETIGA
snorkeling n memancing lagi
lepas lunch gerak ke pekan Semporna
check in back packers
petang: jalan2 shopping souvenir

HARI KEEMPAT
pagi2 bergerak ke bandar Tawau
jalan2 dan beli bilis n udang kering di pasar
pergi airport [ambil flight 4 petang]
sayonara

-------

di rumah laut ni....waktu malam kami memancing dari atas rumah. tak payah nak pergi jauh. pemandangan matahari terbit dan terbenam...awesome.

bawak radio kecik, power bank dan solar lights. habis event, sedekah solar lights pada pakcik n makcik. solar penting nak charge telefon.


makan? kita masak ramai2. SEBAB APA? sebab menu dan resepi orang sana....susah kita nak telan. cara makan? tguk foto ni...

snorkling? ikut cara saya....murah dan cantek tiada tandingan.


Snorkling kami lebih kurang mcm ini. Kalau guna bot pelancung, snorkling dalam laut berpasir lah alamatnya. Ada lagi tempat lain yg lebih hebat dari mcm dlm foto ini.

Jgn lupa bawa kamera yg boleh guna dlm air.

Kos keseluruhan dalam 650 rgt se orang, termasuk pengangkutan airport pergi dan balik, makan dan tempat tidor, naik bot dan memancing. Lebih kurang 163 rgt sehari. OK la kot... kereta pergi balik airport pun dah berapa rgt. Tiket air asia sendiri tanggung.



Pekan Semporna kecik je. Hari Ahad pagi sampai tengahari ada pasar pagi di sebelah pasar bundle. Tapi sebelah stadium ada tapak bundle yang buka setiap hari. Murah kadar maksima.

Dalam foto ini nampak masjid; tepi masjid tu ada lorong terus ke jeti penduduk tempatan pergi ke pulau. Di sini lah tempat  naik bot yg di tempah khas. Dalam kawasan jeti ni, ada byk ikan kering, sotong kering, udang kering...yg murah, jika kita pandai.

bila balik ke airport, kita akan singgah dulu di pasar Tawau. ikan bilis sini kira ok juga la. lebih murah dari KK.

Bilangan kumpulan terbaik ke Semporna ialah 4 orang atau 6 atau 8. Mudah nak urus kenderaan dan bot. Satu syarat....otak mesti gila gila. Kalau ala-ala poyo gitu....baik pergi sabah naik basikal. 

PERALATAN
Topi... wajib.
sun burn cream, wajib bagi prempuan sahaja. Lelaki t shirt lengan panjang n seluar panjang. ada yg kreatif, seluar pendek n kain pelikat.
pakai sandal. boleh guna semasa berenang/snorkeling...takut terpijak duri dan batu karang.
ear plug. sumbat dlm telinga semasa dlm air... keselamatan telinga.
goggle. bawak sendiri, beli di lazada yg jenis full face. menyesal tak bawak.
power bank [yg guna solar]

No comments:

Post a Comment