Total Pageviews

JALAN JALAN

Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Cumanya Jangan lupa/tinggal solat ya..

Saturday, May 3, 2014

KLIA2

Kakitangan kerajaan yg telah merancang KLIA2 ini memang hebat! Terminal sangat mesra pelanggan, ia seolah-oleh sebuah kompleks membeli belah.

Saya masuk parking melalui BLOK A, terus letak kereta di tingkat 4. Cari lif dan terus ke tingkat 7, iaitu balai berlepas. Sampai tingkat 7, CONFUSE! Entah kat manalah balai berlepas. Yg banyak ialah kedai2 yg canggih cara hiasannya. InsyaAllah sekarang sudah banyak berubah dan tidak confuse lagi dah.

Namun saya sarankan kepada yg berpeluang, datang awal betul untuk menggunakan KLIA2 ini. Takut meraban dan terlepas penerbangan.

Parking lah di tingkat mana pun, kemudian cari lif. Keluar lif ikut orang. Apabila tuan masuk kawasan shopping kompleks, di bahagian atas akan nampak papan tanda ke Balai Berlepas. Jalan terus ke arah tersebut [general direction].

Balai Berlepas terletak di Aras Dua.

Paling baik, datang awal, lihat semua papan tanda dengan teliti dan susah-susah tanya la orang!


Ini foto designer jer. Sini tempat check in. Cantik!



Keseluruhannya, saya ingin katakan bahawa KLIA2 memang cantik. Saya ingin cadangkan papan tanda [signage] ke balai berlepas dan ketibaan di pasang di setiap lokasi strategik dan kecil-kecil sikitlah. 

Maaf yer, itu pandangan saya.

Last sekali....Selamat Datang ke KLIA 2!


No comments: