Total Pageviews

JALAN JALAN

Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Cumanya Jangan lupa/tinggal solat ya..

Thursday, October 27, 2011

Tips 1 ke Medan n Berastagi



Medan adalah bandar ke 4 terbesar di Indonesia. Cumanya, bagi saya sendiri daya tarikannya 'kurang' sikit, tapi okay lah kalau dengan bajet sederhana dan ingin berjalan ke tempat orang.

Ada beberapa tempat menarik di sini [bagi diri saya]; masjid besar, istana Ma'moen [popular dengan nama Maimun], pasar basah [telekung, batik dll] dan Merdeka Parade.

Makannya....minta 'becak motor' bawa anda ke kawasan warung malam. siangnya, restoran nasi padang jer la yg ada. di pasar basah satu, depan istana satu.

Ini foto masjid terbesar dan tercantik di Medan. Cuma keadaan dalam dan luar agak sedih sikit untuk dijadikan pusat pelancung. Kat tangga depan tu tak boleh letak kasut, kena letak di dalam dan ada penjaga. Bagi jer la 1K rupiah pun dah cukup. Kita tak suruh, dia yang nak jaga kasut kita pun. Dalam masjid ni ada semacam platform untuk bilal. Dia pesen lepas imam takbir, dia pulak akan takbir. Kalau ada orang tolong explain kat dalam masjid ni, pandai2lah hulur sikit kpd dia.

Ini tempat muazin mengulangi sebutan Imam supaya makmum dengar dengan jelas.

Mesjid ini ala-ala Sultan yg punya. Kubur keliling masjid ni khas untuk keluarga dan sanak saudara raja sahaja. Paling best ada satu kubur yang dijaga oleh kucing. Ada tulisan jawi di situ menyatakan tuan kucing itu dikuburkan disitu. mungkin yg dok jaga kubur itu pun generasi kucing yg sama. Memang menarik. Cuma kucing kucing tu akan lari kalau kita menghampirinya.

Saya teringin hendak pergi sekali lagi ke sana naik kapal laut dari Port Kelang. Naik komuter dari KL terus ke pelabuhan. Yang say atahu, kapal berlayar pada hari kerja sahaja. Dulu tambangnya 90 rgt, sekarang tak tau lah berapa. Info kata 4 jam sampai lah. kapal belayar jam 1100 pagi.

Saya suka ke sana sebab naik Fire Fly dari Subang tak sampai 1 jam penerbangan. Di airport ada 3 pilihan untuk ke bandar Medan - teksi, bas atau tren.

Tren harga sederhana saja, terus hingga ke terminal, dan saya terus duduk di hotel yg ada d tingkat 3. Mahal sikit tetapi amat selesa dan berada di lokasi yang amat strategik.

Boleh jalan kaki ke pasar basah dan ke Merdeka Parade.

Kalau ke istana dan masjid, kena naik becak motor, atau saya sendiri, saya naik tut tut. Naik tut tut memberi pengalaman menarik dan amatlah murahnya. Pelancung jarang naik tut tut, jadinya harga tetap sama untuk setiap penumpang. Seribu rupiah pun sudah terlalu mahal, dan senyum lebar kalau kita bagi.

AWAS, Mamat becak motor, kebanyakannya kaki penipu. Harga biasa becak 10 ribu, untuk wisata [pelancung], minima 30 ribu dan boleh jadi sampai 100 ribu.

Jarak antara istana dan masjid terlalu dekat, baik jalan kaki. Baik pergi istana dulu, sebab dekat masjid tu ada shopping kompleks kalau nak tenguk-tenguk.




ISTANA MA-MOEN

lama-lama jadi istana maimun. JIka dilihat foto foto dalam istana itu akan terjumpa satu nama Mamoen. Pastinya, itulah nama sebenar istana ini.
Istana Ma'Moen ni comot banyak. Kalau hujan, air bertakong. Nak masuk berhati-hati. Belakang istana jemuran bersepah-sepah sikit. Pondok meriam patah jangan masuk, nanti kena 'kencing'.

Di sebelah istana ni ada satu pondok, dlm tu ada meriam patah. ha ha jgn masuk pondok tu, baca kat notis board tu cerita pasal meriam. kalau masuk tup tup kena beri sumbangan. tak nak bagi? sorry la dia akan tuntut sampai dapat.

depan istana ni ada library. kalau nak lepak baca buku boleh saja. depan istana ini juga ada restoran nasi padang. aku minum jer kat sini sebab awal lagi. cuma kalau nak makan tengahari, elok awal dari waktu lunch. sebab nanti penuh sesak. nanti dpt layanan 2nd atau 3rd class jer.

Muzium Medan. Best bagi yg berminat

Suasana di Pasar Basah. Boleh jalan kaki dari stesen keretapi Medan. Saya duduk hotel stesen keretapi sepanjang masa. Merdeka Walk pun sebelah saja. Tidak jauh.






zaman dulu, bila sampai airport tadi, mcm masuk siam jugak....letak 5 ribu dlm paspot. kalau tidak mamat tu pakai muka slumberland trus tanya...takda ole ole dari msia pak? mcm nak sepak jer muka dia. Alhamdulillah, airport baru sudah tidak perlu benda ni.

ini bab airport baru. memang gah! sampai airport ada 3 pilihan untuk ke Medan. Bas, teksi atau train. bas 20,000, train 100,000 dan teksi 160,000. saya naik bas. turun bas naik beca ke pekan, bayar 30,000.


Ini tempat makan paling murah dan mesra pelanggan. Syaratnya and asedia makan benda yang serba ringkas. Bersihnya, insyaAllah.


dan masa kat LCCT check ini guna mesin, tak payah bayar RM10.00. air asia ni palat lahhh, check in pun kena bayar! ini tips penting, bila dah masuk ruang boarding, pergi verify ticket yg check in guna mesin. aku dah terkena bung....masa kat gate 9 mamat tu suruh aku pegi verify dulu. mamat kat counter ni bodoh sikit, dia silap punch dan aku dah kalut. last last dapat jugak.

BERSAMBUNG. Klik di bawah

http://drivingtobangkok.blogspot.com/2011/10/tips-ke-medan-n-berastagi_27.html

No comments: