Total Pageviews

JALAN JALAN

Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Cumanya Jangan lupa/tinggal solat ya..

Thursday, October 25, 2012

Beijing 2 Great Wall of China





Pagi hari pertama, pergi sarapan. Keluar restoran terus membeli. Malas nak komen kaum hawa ni. 

yer la...nanti di tempat lain udah tak dapat dah benda ni. 
 Lepas  tu kami pergi melawat kilang sutera. Macam biasa lah. Harganya tak siapa di kalangan kami yang mampu nak beli.

Dan sementara depa dok buat buat tanya macam macam soalan, kami keluar dan berposing atas basikal antik ni. Antiknya di tempat kita....

Lepas tu ke istana larangan. Nak satu benda. Di atas pintu istana tu ada tulisan cina dalam frame. Sebelahnya ada tulisan jawi.




istana kat atas ni, uniknye ialah tangga marmar yg kita nampak ni. Ia diperbuat dari satu keping marmar. Tak main sambung-sambung punya.

Ramai tak percaya terdapat tulis jawi di istana istani ini

Sejuk....menunggu

Salah satu mesjid tua di Beijing. Tggu kawan lepas solat


Di kawasan sukan olimpik. Tenguk pemandangan dan bergambar jer la. Jauh-jauh belaka.
 






Bersama guide kita









Kami pergi great wall [GW] dekat Badaling. Sana ada banyak lokasi utk naik GW, badaling salah satu tempat menarik.

Perjalanan ke GW dari Beijing ambil masa 1 jam. Kena keluar awal nak elak jem. Oleh kerana kami lambat, maka kami pun tersangkutlah dlm jem. 2 jam lebih baru sampai. Meleleh air liur tertidor dlm bas sementara nak sampai.

Kalau kita buka mata betul2, banyak pokok2 pisang kaki sepanjang perjalanan. Kat sana hanya 25 sen sebiji. keluar dari Beijing, baru kita nampak kehidupan cina sebenar, ramai jugak yg miskin. Kat GW ramailah cina2 kg yg kita boleh kenal melalui pakaian, wajah muka dll.

Kami dimaklumkan kat GW mmg sejuk, hampir 0 degree celcius. Kami pun pakailah tebal2. Turun saja dari bas mmg sejuk sangat dan dicampur dgn angin kencang. Bila naik GW, panas la pulak heheheh.

Sampai puncak kita akan diberi sijil. Yg lawak nyer, kat kedai bawah pun ada sijil tu, 25 ringgit sekeping!

Turun bas, pemandu pelancung kami bawa ke kedai cenderahati yg besar, harganyer pun besar. Tujuan kami ke situ, dia nak tunjuk tandas style kami. Dia kata kalau tandas chinese style.....baru masuk pintu, kita akan kensel nak buang air.

Bila mula sampai GW kita akan menjakun mcm orang lain, bergambar merata2. Kejap tu, mula la boring. Naik GW kena pakai kasut sukan atau mcm aku pakai kasut camel. Hok dtg dari kg sana ada pulak yg pakai tumit tinggi. heran!.

Di mana ada kawasan gelap, di situ bangsa sini akan kencing. Sila jauhi lokasi ini.

Kalau ke China dan kita tak ke GW maka lawatan kita mcm tidak lengkap. Bila dah pergi, rasanya takda apa pun. Kalau tak pergi mmg menyesal!




Berpeluang posing dinding Great Wall. Besar2 batunya!

No comments: