Total Pageviews

JALAN JALAN

Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Cumanya Jangan lupa/tinggal solat ya..

Sunday, December 30, 2018

snorkeling Sabah

CAKAP MELAYU kat perenggan bawah yer

westerners dare not [but very very few] visit a very spectacular place call Semporna in Sabah. Sometimes [just our perception] your fear is based on hearsay and not very reliable int reports. majority will not come to this place. 
Baru mangkit tidoq.... sakit perut memulas mulas. Jamban ada satu ja kat sini. 

Baru turun Buhay Dulang. Awek tu tekejut depa foto ramai-ramai dekat dia. Abang spy buat-buat baik.


Shopping kat supermarket.... barang2 untuk di infaq pada orang susah. Baju merah nampak cenge sebelum sakit perut.






Chinese businessmen employ locals [illegals] and abused this people as tho they are slaves. Few did not keep to their promise by not paying over time allowance and pay very small wages.

Little did they know, these illegals have connection with pirates and subsequently, Chinese towkays and little bosses were kidnapped. All they want is their money back. Poor people are simple people. Treat them with dignity and respect and keep your promise. 

Semporna is quite backwards, but local food is very cheap. Come to our fresh fish market and see for yourself. A 3 star hotel and boats are expensive.. to us. but to foreigners, it is okay I suppose.  

Settle in back packers hotel then. It is only between 30 ringgit to 50 ringgit a night. 

Travelling. use land transport during the day and enjoy the scenery and see real life of Sabahan;  use express buses. They are very reliable. 

The nearest airport to Semporna is Tawau and it is about 1 hour drive away. 

What can you do in Semporna? island hopping, snorkeling, climbing hills [just half a day affair], visit archeology museum and of course walking around the villages. You don't need a tourist guide but just a local guide for all activities.

CAKAP MELAYU pulak...

Semporna memang best  bagi yang suka laut. Bagi spesies adventurous lagi la awesome! Sampai airport, naik pick up, jalan singgah warong buah, singgah supermarket beli beras gula dll untuk kita infaq kpd orang susah, kena ABC, masuk pekan Semporna, singgah Giant beli kacang goreng, air mineral, roti, sardin, then pegi jetty naik bot terus ke rumah penginapan di tengah laut.

Barang banyak nak angkat? di sana ada budak2 ambil upah angkat barang guna wheel barrow. Singgit jer utk satu trip.


oopps lupa pulak. Singgah dulu pasar ikan, beli ikan besar utk kita bakar di laut nanti. habaq kat penjual nak buat umpan.... murah sikit kot.

Tips beli tiket murah air asia murah? kalau tuan kaki melancung, cari dlm google. kalau orang biasa, BOOK tiket selepas tengah malam. Flight...cuba Selasa Rabu Khamis. Kalau ada kawan yg tahu lebih dari itu...suruh dia buatkan. Aku...? aku rela naik MAS. Amat jarang lewat atau batal flight.

apa nak buat di Semporna. naik bot, snorkling, panjat gunung, makan, shopping, masuk kg air, beli ikan....masak.


Bukit Bohey Dulang ni kalau rasa OK, kena daki. jgn mengalah.. malu kat amoi .... kalau dari rumah di laut tu kurang lebih 30 minit. Bot parking kat jeti dlm foto tu, kemudian bergambar sakan, lepas tu baru daki. Jgn lupa bawak naik coke atau air mineral sejuk. Dan datang awal pagi. Panas gaban tempat ni.

ITINERARI BERCUTI DI SEMPORNA

HARI PERTAMA
ambil tiket paling awal supaya sampai awal
bergerak ke Semporna [on the way kita lunch [kalau mahu] membeli dan makan]
naik bot dan bergerak ke rumah penginapan di laut
malam... memancing sotong dari atas rumah

HARI KEDUA
pagi2 buta dh terjun laut
sarapan
naik bot ke Bukit Dohey Dulang [bawak sandwich n nasi goreng  siap2]
on the way balik singgah pulau orang miskin infaq beras n gula
then singgah Pulau Sibu
memancing guna tin susu atau snorkeling kalau ndak
malam, memancing lagi selepas BBQ

HARI KETIGA
snorkeling n memancing lagi
lepas lunch gerak ke pekan Semporna
check in back packers
petang: jalan2 shopping souvenir

HARI KEEMPAT
pagi2 bergerak ke bandar Tawau
jalan2 dan beli bilis n udang kering di pasar
pergi airport [ambil flight 4 petang]
sayonara

-------

di rumah laut ni....waktu malam kami memancing dari atas rumah. tak payah nak pergi jauh. pemandangan matahari terbit dan terbenam...awesome.

bawak radio kecik, power bank dan solar lights. habis event, sedekah solar lights pada pakcik n makcik. solar penting nak charge telefon.


makan? kita masak ramai2. SEBAB APA? sebab menu dan resepi orang sana....susah kita nak telan. cara makan? tguk foto ni...

snorkling? ikut cara saya....murah dan cantek tiada tandingan.


Snorkling kami lebih kurang mcm ini. Kalau guna bot pelancung, snorkling dalam laut berpasir lah alamatnya. Ada lagi tempat lain yg lebih hebat dari mcm dlm foto ini.

Jgn lupa bawa kamera yg boleh guna dlm air.

Kos keseluruhan dalam 650 rgt se orang, termasuk pengangkutan airport pergi dan balik, makan dan tempat tidor, naik bot dan memancing. Lebih kurang 163 rgt sehari. OK la kot... kereta pergi balik airport pun dah berapa rgt. Tiket air asia sendiri tanggung.



Pekan Semporna kecik je. Hari Ahad pagi sampai tengahari ada pasar pagi di sebelah pasar bundle. Tapi sebelah stadium ada tapak bundle yang buka setiap hari. Murah kadar maksima.

Dalam foto ini nampak masjid; tepi masjid tu ada lorong terus ke jeti penduduk tempatan pergi ke pulau. Di sini lah tempat  naik bot yg di tempah khas. Dalam kawasan jeti ni, ada byk ikan kering, sotong kering, udang kering...yg murah, jika kita pandai.

bila balik ke airport, kita akan singgah dulu di pasar Tawau. ikan bilis sini kira ok juga la. lebih murah dari KK.

Bilangan kumpulan terbaik ke Semporna ialah 4 orang atau 6 atau 8. Mudah nak urus kenderaan dan bot. Satu syarat....otak mesti gila gila. Kalau ala-ala poyo gitu....baik pergi sabah naik basikal. 

PERALATAN
Topi... wajib.
sun burn cream, wajib bagi prempuan sahaja. Lelaki t shirt lengan panjang n seluar panjang. ada yg kreatif, seluar pendek n kain pelikat.
pakai sandal. boleh guna semasa berenang/snorkeling...takut terpijak duri dan batu karang.
ear plug. sumbat dlm telinga semasa dlm air... keselamatan telinga.
goggle. bawak sendiri, beli di lazada yg jenis full face. menyesal tak bawak.
power bank [yg guna solar]

Sunday, April 30, 2017

Mee Kari Bidor

Dulu saya ingat selepas tol Bidor, belok kanan rupa-rupanya mee kari yang lebih sedap ialah yang berada di sebelah kiri. 

Selepas melepasi Tol Bidor, di traffic light tu kita sudah nampak kedai makan betul-betul depan dengan Proton Service Center. Maknanya di traffic light tu belok kiri kemudian ke kanan.

Mee kari dia lebih sedap, dan depan kedai ini hanya ladang sawit. Tidak ada longkang yang berbau. Dan perkhidmatannya sangat memuaskan dan harganya pula amat berpatutan.

Setting kedai ini memang lebih santai dan selesa kerana tidak banyak kereta lalu lalang. Parkirnya pula lebih lumayan dan kurang risiko kemalangan.


Di traffic light ini, rapat ke kiri

Kedai makan tu hah....di sebelah kiri

Parkir nya lumayan

Saya suka letak kereta di kawasan wira ni jer

Wednesday, March 8, 2017

Makan Makan di Sandakan





Selera Nusantara. Restoran paling digemari oleh tetamu yg datang ke Sandakan. Settingnya santai, di tingkat atas yang boleh muat 40 orang dgn selesa seperti ruang dalam sebuah rumah.

Menunya berasas Indonesia. Sesuai bagi majoriti tapi bukan ala-ala nasi padang. 

Yang best nyer...harganya amat berpatutan. Tuan akan terkejut bila terima bil. Dekat separuh dari harga yang kita akan sangka.

Makannya sedap, harganya OK dan layanan istimewa sangat mesra dari tuan punya restoran itu sendiri.

Tingkat atas dibuka atas tempahan, minima untuk 10 orang, untuk makan tengahari atau malam. Jika mahu tempah untuk teh petang atau majlis tertutup pun boleh dan amat sesuai. 


Rugi besar jika sudah di Sandakan, tuan tidak ke restoran Selera Nusantara. Ini no tel nya: 60 89 666 636. 

Lokasi restoran ini seperti di peta di atas tapi boleh juga  taip no ni pada google coordinate 5.8792001,118.047299  

Tapak parkir di kawasan restoran ini  selesa dan lumayan, kedudukannya juga betul-betul di tepi jalan besar. Tandasnya standard hotel 4 bintang rasanya. 

Walaupun menunya 100% Indonesia, tuan tidak akan kecewa dengan keenakan nya. Teh lemon madu per-sada yg turut dijual boleh bikin  kita jadi slim. Cuma selepas minum, terus saja sendawa.

Beberapa kali saya ke situ dan amat tertarik dgn kebersihannya. Bila tanya baru lah tahu bahawa dapurnya di tkt atas. Patutlah di bawahnya amat bersih. Tidak heran Majlis Bandaran kategorikan restoran ini Kelas A.

Pekerjanya semua di dedah dgn multi tasking dan multi skills kecuali memasak. Semua boleh handle tugas cashier dan menyedia minuman selain dari tugas-tugas am lain dan terima order. InsyaAllah mereka cuba yg terbaik untuk setiap pelanggan.

Lihat setting di tkt atas! mcm dlm rumah..
Testimoni. Susah nak sebut, Tapi hampir semua orang yg pernah ke sini tetap mau dtg lagi.

Catering. Restoran ini juga menerima catering biasa atau tapau. Jika catering, ianya memang 1st Class. Pun begitu, harganya tidaklah mahal berbanding dengan menu dan peralatan yang mereka sediakan.

Waktu buka - dari pagi hingga 11 malam.


Selamat Menjamu Selera!

lihat komen pengunjung lain

-end-


Sunday, May 17, 2015

Mengurut di Medan

Bab mengurut memang menarik khususnya urut tradisional. Body massage satu badan. Orang cakap, kalau sihat pun kena masaj sekali dalam sebulan. Urut ni ada dua; untuk sedap2 kan badan mcm di Siam atau nak lancarkan darah mcm di sini atau di Indonesia. 

Saya pernah mengurut di danau toba. urut biasa. jenuh saya cari dan terjumpa juga dengan seorang makcik berbangsa batak. sakit giler dan amat puas hati. cuma saya nasihatkan pembaca, berkira dulu tentang harga sebelum mengurut.

Makcik ni saya jumpa di depan kem navy. saya tanya penjual durian di situ. semuanya perempuan. tapi mereka ni amat jovial.

Sori saya tak simpan no fon.

Di medan, saya terjumpa seorang pemuda. sekitar 30an. sudah berkahwin dan ada 2 orang anak. terpelajar dan amat sopan. cumanya kalau mahu perkhidmatan beliau, buat temujanji terlebih dahulu. namanya NIWANDI no fon +62 813 753 9161. dia ada wassap untuk tuan hubungi. 


Niwandi sedia untuk mengurut di hotel asal info dia 24 jam sebelum dan ambil dia di lobi. Pihak hotel tidak mahu pelanggan diganggu. Jdinya kenalah tuan tunggu dia dilobi dan bawa dia ke bilek.

Upahnya? 1.5 jam lebih kurang 50 rgt.

Tapi kalau nak jenis mengarut, tanya bell boy. Ramai berebut nak bantu termasuk orang beca. Dlm 10 orang yg tuan jumpa dan tanya, 15 orang penipu. Itu saja yg saya boleh bagi tahu.

Di depan masjid ini ada hotel yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Eloknya menginap di sini.  Shopping kompleks pun sebelah itu saja.


Saya suka menginap di stesyen keretapi Medan berhampiran Merdeka Walk. Turun kapal terbang, naik tren, terus saja ke sini. 



Pada saya ini hotel terbaik. Moden dan kemas dan harganya pun okay. Malam jalan kaki saja ke Merdeka Walk. Nak cari tempat baik, call jer Niwandi sebab dia pun ada bechak motor. Siang kalau hendak ke Pasar Basah pun boleh jalan kaki saja.  


Merdeka Walk ni amat sesuai untuk orang muda. Happenings. Tapi semua umur pun boleh datang. Harga makanan sini mahal dari biasa sebab setting dia udah macam tu. Belakang nya ada padang besar. Tiap2 pagi orang jogging di sini. Paling ramai pada week end. Boleh lah nak cuci cuci mata. Pengecualian kpd saya sebab udah 5 series.  Ketawa kau ya...



Sunday, August 31, 2014

Tips ke Hatyai

Bagi mereka yg kali pertama memandu ke Siam pasti akan rasa teruja. Jika boleh, elak jadi pemandu sebab banyak sangat benda baru yang nak kita tenguk. Lepas je imegresen, terus kita jadi jakun. Sekejap je handphone dan kamera dah penuh. Ini pengalaman saya masuk melalui Bukit Kayu Hitam. 

Lepas saja kompleks imegresen Siam, kita akan berada di pekan kecil yg dipanggil Dannok atau Danok atau Dan Nok. Mula-mula kita akan nampak sistem yang tidak ada sistem. Orang bebas keluar masuk. Hendaknya motorsikal Siam. 


Dan masuk jer Danok kita akan nampak 7 Eleven berlambak lambak kiri kanan jalan. Di sebelah 7-E yg sebelah kiri tu ada tempat tukar wang. Tukar duit Siam untuk shopping sebab rugi byk kalau guna duit Msia.


Lepas pekan Danok nanti, kita akan nampak orang jual petrol dalam botol sepanjang jalan. Inilah realiti nya di sana. Fenomena yg sukar dibendung kerana keadaan sosio ekonomi mereka yang tinggal di sempadan. Kot mana pun, berapa sangatlah mereka boleh untung.
Kalau ke Hatyai dan Songkhla bawalah anak-anak sekali. Dapat juga melancung ke luar negara dengan bajet yg ciput tu. Ini kira pengalaman bermakna juga kepada anak2. Hadiah rajin baca buku! 

Di pekan kecil yg bernama Danok ni, elok kita tidor satu malam. Baiknya semasa hendak keluar, sebab byk benda boleh beli di sini. Beras, beras pulut, sos tom yam.....Tempat m
akan malam duduk bersila, tak susah nak cari, di tepi jalan besar je. Di tempat inilah juga ada jual beras, tapi waktu siang saje. Dalam kedai ni, mercun dan bunga api pun ada jugak. Beli lah sikit2 untuk anak2. Kalau siang; makan di Lorong Masjid. Pastikan pesan awal-awal jgn pedas.  Saya biasa tidor sini semasa hendak keluar. Shopping sini terbaik!

Lebih kurang 50 meter dari sempadan, ada kedai t shirt. Masuk je sempadan dia berada di sebelah kanan. Ia dihalang oleh gerai buah dan jajan-jajan. Inilah kedai t shirt paling murah di Thailand. Ini berdasarkan pengalaman saya di Phuket, Krabi dan di Bangkok.

Warong murah di Danok. Betul betul kat kompleks imegresen tu, di sebelah kanan, ada banyak warong ke dalam. Sekali pandang nampak satu dua warong, kat dalam tu banyak lagi.

Kalau kita ke Hatyai lebih baik kita terus juga ke Songkhla. Jaraknya mcm Ipoh dan Bercham atau KL dan Shah Alam. Di Songkhla ada bermacam benda yg kita boleh tenguk termasuk akuarium canggih. Pantai dia mmg cantik. Di sini ada ikan duyung tembaga mcm kat Eropah. Berebut-rebut orang nak bergambar, termasuk kita sendiri.

Cuba cari peta yg mcm di sini untuk panduan memandu di pantai Songkhla. 




Di pantai Songkhla ada banyak warung  makanan ringan dan souvenir. Tetapi hampir semua souvenir tak berkualiti. Bawa topi sendiri sebab di sini mahal.

Bab kepala naga kat bawah ni...memandu tepi pantai nun jauh jugaklah, baru nampak ekor dia!

Kain kuning yg dililit tu maknanya ianya sudah mula disembah. 
 
Ada satu kawasan yg terdapat banyak restoran, dan di sebelah tepi kawasan parking ada banyak stall. Menariknya dgn stall ini..  order somtam, sotong goreng, dan macam-macam lagi, kemudian makan duduk bersila di pantai. Makcik tu siap bagi pinjam tikar lagi. Semua peniaga ada tikar untuk kita pinjam.

Air minum tak payah order! Masa lepak-lepak ada budak datang bawak air minum, pileh jer mana nak. Bab air mineral, kalau boleh bawak dari Msia sebab rasanya tak berapa sedap.

Di area pantai Songkhla ada kg Melayu, cumanya mereka tak tau cakap Melayu. Makan di sini pun OK jugak. Sebijik mcm warung-warung di Malaya.


Sebenarnya pantai ni panjang, saya pun susah nak cakap tempat2 ni mana sebenarnya. Tenguk peta yg kat atas tu. Pantai ni ada meriam, ada patung kepala naga, tempat makan, ikan duyung, patung kucing dan tikus, kg melayu, dan kawasan mandi yg best. [untuk budak2 ler, bukan kita]. di kg melayu tu adalah masjid untuk kita solat. sudah solat, letaklah seringgit dua dalam tabung. bukan apa, di sini masjid semua orang kg buat sendiri. suruh anak-anak yg letak duit dlm tabung, ajar dia bersedeqah.

Ada satu patung tembaga kat tepi pantai yg ada meriam besar, orang Siam pi sembah mcm tuhan la pulak. Kalau nak bergambar, sila bukak kasut. nanti kena tegur....malu


Sewa hotel di Hatyai dah naik sikit. Dah jadi mcm bandar pelancung, mcm tu lah. Hatyai dalam daerah Songkhla, dan pusat pentadbiran pun di Songkhla. Tapi Hatyai pulak yg happening. Kalau bawa kereta, banyak hotel murah yg boleh kita menginap. Seperti hotel yg namanya Siam Centre, kawan aku kata murah giler, bilek besar, harga tak sampai 100 ringgit. Pekan dia banyak jalan sehala. Pagi dan petang jem sikit. Lain2 tu OK laaa.

Di pantai Songkhla jgn lupa makan kari belangkas. Kalau tguk TV 3, belangkas ni made in Kota Tinggi. tu lah pasal.... pegi Siam makan belangkas dari Kota Tinggi. Restoran ni ada di tepi pantai. Ada banyak restoran dan warung di situ.


Tarikan di Songkhla? ZOO. Zoo SONGKHLA, ni boleh drive kereta masuk. masa aku pergi, harga masuk ialah 15 ringgit sorang, dan tiket untuk kereta 5 ringgit. Kalau nak jahat sikit, bawa masuk dlm kereta pisang dan keledek banyak-banyak. Bagi makan rusa dan gajah. 

Kawasan zoo ni berbukit sikit dan luas. Ikut jalan ke Songkhla kemudian bila dah nak sampai Songkhla masuk ke simpang menuju ke Pattani. Ada banyak ruang untuk berkelah dalam kawasan zoo ini. Monyet tak ada nak 'kongsi' makan dengan kita. Selamat la sikit. Tapi jangan makan di kawasan bebas rusa/kijang. Depa akan join kita sekali makan cok kodoq. Zoo ni ada surau yang cantik tapi kotor dan tiada air. Tapi sekarang dah ok kot. 



Di Hatyai ada 3d magic museum. floating market. Pasar malam mcm di patpong [bangkok] dan pasar siang mcm chatucak [bangkok].

Untuk keselamatan, cari lah hotel yang tak popular. Yg popular takut jadi sasaran pengebom. Kalau tak silap LEE GARDEN pernah di bom. Pusat maksiat dan hiburan pun pernah kena juga. Cuba elak juga di mana ramai polis atau tentera mereka melepak. Ini juga boleh jadi sasaran 'separatist'.

Kat supermarket mcm tesco makro Big C dan k4 byk produk yg tidak halal. Maknanya jajan murahan, bawaklah dari kg.

Cable car hatyai pun menarik jugak. Ini nak rasa jer lah, sebab kat Langkawi lagi hebat. Drive ke sini, tiba-tiba aku sampai ke puncak. hahaha, tak payahlah nak naik cable car dia. kat puncak tu ada tok kong siam jer pun. cuma pemandangan dari situ so so jugak lah.

Shopping baju murah. Lebih baik cari jenis reject shop atau factory outlet. jenama adidas nike dan yg best best tu mmg murah. Beg galas pun sama juga murahnya. 

Kalau harga t shirt cop Hatyai Krabi dll, sekitar 10 ringgit saja. Kalau lebih dari tu, jangan beli!

Paling menarik di sini ialah makanan siam. manggo pulut, laksa siam, tomyam, somtam, jus buah orange [paling best], buah-buahan, ikan 3 rasa, memang berbaloi dgn harga dan rasa. jajan-jajan dia memang murah. bab jeruk buah, janganlah beli sebab bahan kimia yg digunakan memang beracun. Tak percaya cuba bagi budak kecik dan orang tua makan. Gerenti batuk, loya dan jadi tak sihat. Mata kucing dan lychee pun jangan beli. penuh dgn bahan kimia. Terkini, durian siam pun depa celup dgn bahan kimia.

Kat satu pasaraya tu, lupa nama, ada byk barang spt reject shop. Harga dia, murah melampau!

Masaj di sini murah, tapi banyak kes menipu. Kalau kita bayar untuk 1 jam, 45 minit dia dah berhenti. tak payah lah nak buang masa pergi masaj. Masaj berbaloi di Krabi! Bersih mesra dan tiada hanky pankee.

Kalau bab nak tenguk tarian bogel, baik tak payah. buat dosa jer. Silap2 lokasi ini akan di bom masa kamu di situ. Malu satu kg.

Peminat bundle akan meleleh air liur. talipinggang ori tak sampai 10 ringgit. Seluar jeans, topi, jeket kulit, n kasut,  semuanya murah.

Parts motorsikal pun masuk dalam kategori leleh jugak. Ramai juga yg bawa kereta ke sana untuk tambah aksesori. Tak percaya cuba tenguk lori2 siam. meghelitttt!

Apa-apa pun, kalau dtg dgn isteri dan anak-anak, kena rancang 2 ke 3 jam untuk bergerak berasingan. kalau tidak hati akan geram sebab tak dpt beli apa yg dihajati.

Proses/prosedur bawak masuk kereta. sila lihat blog ini.
http://drivingtobangkok.blogspot.com/2013/01/tips-memandu-ke-phuket-dan-krabi.html

Pasar tempat beli belah. Pasar Kim Yong. Ini semua tempat sembelih pelancung msia. Kena tawar menawar dan jalan jalan cari tempat paling murah. aku suka beli penyapu siam, harga 4 ringgit jer. Periuk cap zebra pun murah jugak. Masalahnya kebanyakan penjual Islam tak bercakap melayu.






Sedih! Ada juga yg jual ayam tak sembelih

Kenalah guna calculator penjual tu. Kalau nak tawar harga, make sure 25% dari harga yg di offer. Kalau dia letak 100, kita ketuk kat calculator dia 25. Tenguklah nasib mcm mana. cuba buat2 tak mahu dan beredar....nasib baik dia panggil kita semula. TIPS. Pasar ni tutup pukul 5 petang!

Makan pagi, aku makan di atas pasar basah. sini pagi pun makan nasi. Terpaksalah makan lewat sikit, terus sebagai brunch [breakfast + lunch]. Kalau takut anak-anak lapar, bawa mee megi dan teh siap2. Roti gardenia pun ok jugak. 

Udang galah goreng, kalau boleh elakkanlah. entah bila punya udang. Harga pun boleh tahan jugak mahalnya. Warung ini jual sekali mangga dan durian pulut. Pun mahal maximum.

Berhampiran tu ada kakak dan adek jual durian mangga. Muka decent giler. Bila tanya harga, baru tau decent ke tak.

Kalau nak sangat, belilah mangga dan durian dan buat sendiri. Makan di pantai!

Semua ni berada dekat bangunan McDonald. Kalau tenguk dlm peta, ia terletak dalam kawasan kelabu [grey area] ie kawasan pelancung.

Laksa siam. Kuah dia macam kuah masak lemak atau kuah laksam. Warna kuah kuning sikit. Laksa dia kecik sikit. Cuma....sayur sampingan dia dekat satu dulang! Kenyang makan ulam, tapi memang best. Kalau nak pedas, letak lah cili sesedap rasa.


Amek ko...laksa Siam


Sarapan pagi. aku makan di kawasan pasar. tingkat atas. ada bahagian untuk islam dan bahagian untuk bukan islam. ramai gak yg cakap melayu di sini.

Masaj badan. kueng kueng kueng. nama dia Niwandi. fon dia +62 813 753 9161. Dia seorang lelaki dan akan urut orang lelaki saja. yg bestnya....ini kalau anda ke Medan, bukan Hatyai. Satu jam setengah cuma 50 ringgit. takpa, simpan no fon ni, berguna bila anda ke Medan. ada wassap lagi pemuda ni. baik dan sopan, sekolah tinggi, cuma sana susah cari kerja. dia kerja kilang dan perlu dimaklumkan awal. fire fly ke Medan pun tak lah mahal sangat. Jadikan Medan sasaran seterusnya sebab harga flight tidaklah mahal sangat. 

Makan malam. tempat paling istimewa ialah di round about Hatyai. harga OK. menu pun OK. dinasihatkan bayar bila dapat makanan. jika tidak, dia akan terlupa, dan akan letak harga yg paling mengarut. nak gaduh kita pun tak tau cakap siam.  pusing round about tu sekali akan nampak warung-warung kat sini. malam jer tau!



Floating Market. Tempat ni tak bagus dia satu jer.....kemuncak berlaku pada waktu maghrib. kalau jama magrib isya OK la. Kot mana pun, baik sampai sekitar 5 petang, beli dan makan apa yg patut, dan balik. Kalau memandu ke sini, kena pandai tenguk peta atau GPS. Souvenir di sini tak menarik dan tidak berkualiti. Kawasan warung di atas lecak dan kotor.

Kalau hendak memandu ke sini, hala ke BIG C dulu, dari situ ikut jalan terus ke Floating Market. Bila sampai ke area kuil budha, maknanya anda sudah sampai.

Peniaga yg dlm bot tu 95% Islam. Mereka pakai pakaian tradisi. Ada mat lembut tu siap pakai ginju, dan songkok sekali. Jus buah di jual dalam mug, kita beli sekali dgn mug atau minum dlm buluh. Elok kongsi jer satu mug kemudian top up dgn harga yg lebih murah.


Kalau teguk foto ni, pondok-pondok yang ada tu, untuk kita duduk makan. Tapi

tenguk nasib lah kalau ada kosong. Kat hujung pasar ni, di sebelah atas ada pentas untuk orang kg nyanyi. Std makcik pakcik yg nyanyi dan menari utk pelancung. Depa syok sendiri jer....tapi menghibur jugak lah.

Apa yang saya catitkan tidaklah tersusun sangat...asal ingat jer. Kot mana pun, selamat melancung ke negara jiran.

PEMERHATIAN SAYA. Orang Siam nampak lebih rajin dari kita dan lebih bersih. Tandas di setiap kedai minyak bersih. Orang muda bawak motorsikal yg diguna sebagai teksi. Mana2 anak dara dan perempuan berani naik...tak kisah. Rajin? Pick up diguna sepenuhnya. Pagi2 bawa budak sekolah dan pekerja. Lembu dan kerbau, kayu api, hasil kebun semua naik pick up. Kalau nasib baik, akan nampak gajah pun naik pick up. Orang siam amat hormat dgn tok sami. AMARAN. Jangan permain gambar raja mereka, dan patung2 di setiap tempat. Jangan pegang kepala anak2 sekolah. 


Mana2 pun kita berada, bawa anak2 solat bersama.

Info lain...KLIK kat bawah ni...

TIPS memandu ke KRABI dan PHUKET



Klik sini: TANYA / CADANG



Thursday, June 5, 2014

Ombak Boutique Hotel Wakaf Che Yeh

Harga promosi bermula dari RM49.90 sepatutnya tidak diletakkan di  papan iklan kerana ia sebenarnya tidak diamalkan

Bila ditanya mengapa bukan 49.90, ada saja jawapannya yang benda ini tidak diamalkan waktu itu.

Saya sayang dengan  Wakaf Che Yeh sebab namanya unik dan duduknya pula di negeri yang saya paling sayang. Cuma sekarang ini lebih kurang sama saja dengan up town di tempat lain. Sedihnya...harga sudah tidak berpatutan khusus bagi pembeli luar.

Pengalaman tinggal di hotel ini juga tidaklah sangat positif. Towel yang saya terima koyak, buruk, tandas berlumut, cadar nipis dan luntor macam dah diguna lebih dari 3 kali, layanan di kaunter lebih kurang jer dan wifi pula tidak boleh digunakan.

Sebelum itu saya tinggal di Suria sebelah Azam Hotel. Rasanya Suria lebih baik kerana ada lif, bersih, kemas dan mesra pelanggan. Selesa  nak ke pasar.. lebih dekat dan kedai makan yg OK pun tak jauh.

Kalau nak kira, dua dua pun lebih kurang sama saja, cuma yang satu tu lebih mahal sikit. Hotel ini selesa dari segi kedudukan. Sangat hampir dengan pasar besar dan dengan masjid, serta perhentian teksi.

Kalau naik bas dari KL, ia akan berhenti hampir dengan hotel ini.
  

Saya simpati dgn kerajaan negeri  yg disabotaj oleh mereka di Wakaf Che Yeh kerana mereka di sini memang suka letak harga melampau kepada orang luar.

Cumanya harga makan di KB memang masih murah berbanding bandar lain. Bandar kedua makannya murah ialah Alor Setar dan Perlis.