Total Pageviews

JALAN JALAN

Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Cumanya Jangan lupa/tinggal solat ya..

Monday, January 28, 2013

Laos


Memandu kereta dari sempadan di Bukit Kayu Hitam ke Bangkok ambil masa dekat 12 jam. Itu pun kami pandu pada kelajuan 140km/jam. Siap 10 rgt dalam paspot. Kena tahan dengan polis, tunjuk paspot. Dia pun faham dan terus cakap TQ TQ. Kalau tak letak, ada saja yang tak kena walaupun memandu pada kelajuan 100 km/jam.

Lebih kurang 80 km ke Bangkok kami tidor di R&R. Besuknya pagi-pagi kami terus pandu ke utara menuju Laos. Masalah besar! Rupa-rupanya, sempadan tutup pada hari Sabtu. Mujur ada sorang pegawai wanita buat overtime. Jenuh pujuk rayu, dan akhirnya dia benarkan kami masuk. Bagi duit tak mahu, jadinya kami bagi dia ole ole dari Malaysia.


Bandar Vientinne. Yg baju putih jurualih bahasa kami.
Bahasa Laos & Siam sama lebih kurang

Kami pergi dengan 3 buah kereta, memandu dari KL ke Bangkok, ke Vientinne [Laos] dan kemudian ke Selatan Laos, ia itu ke PakSe. Dari PakSe kami masuk semula ke Thailand dari arah Timur.

Selepas Bangkok, cuaca mulai dingin, macam Cameron Highlands [zaman dulu]. Bunga merata-rata. Kebun bunga sebenarnya.

Kemudian sejauh mata memandang kami lalui bendang padi seluas-luasnya. Patutla sana banyak padi yang murah. Bila masuk Laos, kita akan nampak orang sana amatlah daif. Tepi jalan kebanyakan rumah pondok yang dibuat dari buloh dan berbumbungkan atap nipah. Cuma sepanjang jalan ke Pak Se, lembu memang banyak. Kami isi minyak penuh, tapi dalam perjalanan kena sampai kedai minyak sebelum 8 malam kerana itu waktu dia tutup. Kami sampai Pak Se jam 1 pagi selepas bertolak dari Vientienne jam 4 petang.


Gambar sami muda ni sebenarnya kami ambil di Thailand. Jadi adat di sana, kalau boleh budak-budak ni di hantar ke wat Siam untuk perbetoikan perangai depa. Tapi sebenarnya, pemuda sana memang ok pun. Yang jahat berbangsa lain yg ada kat sana. Jarang depa ni melepak, merimpit atau hisap rokok. Semuanya kita nampak sedang bekerja cari rezeki.

Hendak tahu kenapa pick up jenis Hilux selalu hilang di Malaysia. Sebab dia masuk Thailand. Ada juga yg masuk container dan pergi ke Timur Tengah.
Di Thailand, undang2 dia nampak fleksibel sikit atau mungkin banyak. Pick up diguna sepenuhnya dan polis macam tak kisah. Pagi2 kita nampak budak sekolah dan pekerja naik pickup. Ada tu anak gajah pun naik pick up. 

No comments: