320 km hingga 350km, itu jarak antara sempadan Malaysia ke Krabi. Cumanya tidak kira bagi first timer atau yg dah byk kali ke sana, tetap tidak tidak menjemukan. Kalau KL ke Phuket kurang lebih 1000 km. Jauh, letih, tapi amat puas hati.
Sekali dah memandu atau riding...mmg nak pergi lagi.
Ramai orang mengatakan Krabi lebih baik dari Phuket. TAPI sebenarnya destinasi kita ialah Pantai AONANG, bukan pekan Krabi!
Check peta, 80km sebelum sampai Krabi ada satu tempat tumpuan pelancung. Air panas! Boleh rancang nak singgah sebelum sampai atau masa nak balik. Kalau tak pergi pun tidak mengapa. Pang nga pulak tempat naik bot ke james bond island. Ia dekat sangat dgn jalan utama ke Phuket. Selalu orang terlepas.
Kedai suvenir di pantai Aonang. |
Check peta, 80km sebelum sampai Krabi ada satu tempat tumpuan pelancung. Air panas! Boleh rancang nak singgah sebelum sampai atau masa nak balik. Kalau tak pergi pun tidak mengapa. Pang nga pulak tempat naik bot ke james bond island. Ia dekat sangat dgn jalan utama ke Phuket. Selalu orang terlepas.
Warung Melayu Pattani lebih kurang dpn van merah kuning tu |
Dalam foto ni, warong makanan Halal dekat-dekat area van merah kuning tu. Dia orang Pattani, husband & wife dan boleh berbahasa Melayu. Murah dan mesra.
Di Krabi [Pantai Aonang] lebih banyak warung orang Islam. Di mana-mana pun ada. Mak cik pak cik situ lebih pandai cakap orang putih dari cakap Melayu. Ada sederet warung depan Tourist Police Station yg saya maksudkan ni. Harga berpatutan. Best.... rasa macam mat saleh pulak, sbb sini penuh dgn mat saleh.
Masaj di Krabi [Pantai Aonang] memang murah, bersih, dan layanan pun baik. no hanky panky punya. Tapi jgn masaj bersama pasangan, nanti dia jeles. hu hu hu.
Bab souvenir, rasanya Krabi lagi bagus dari Phuket. Kalau di Phuket, kedai paling murah dan rapi ialah di kawasan Promthep Cape. Semua t shirt yg cantik berharga 10 ringgit. Pasal nilai dah jatuh, ramai yg jual pd harga 15 hinggit. Penjualnya pun berbangsa Thai. Kalau beli dari penjual yg bukan berbangsa Thai [rasanya dari negara jiran mereka], mereka ini lebih sombong, letak harga tinggi dan tenguk kita macam kita ni pencuri.
Depan sana boleh nampak kenderaan dan balai Tourist Police. Foto ini diambil dari meja makan |
Masaj di Krabi [Pantai Aonang] memang murah, bersih, dan layanan pun baik. no hanky panky punya. Tapi jgn masaj bersama pasangan, nanti dia jeles. hu hu hu.
Bab souvenir, rasanya Krabi lagi bagus dari Phuket. Kalau di Phuket, kedai paling murah dan rapi ialah di kawasan Promthep Cape. Semua t shirt yg cantik berharga 10 ringgit. Pasal nilai dah jatuh, ramai yg jual pd harga 15 hinggit. Penjualnya pun berbangsa Thai. Kalau beli dari penjual yg bukan berbangsa Thai [rasanya dari negara jiran mereka], mereka ini lebih sombong, letak harga tinggi dan tenguk kita macam kita ni pencuri.
Kedai kedai di Promthep Cape. Depannya pemandangan laut yg cantik |
Baju Hujan. Labih baik beli yg jenis pakai buang [disposable] di 7 Eleven di Malaysia atau di farmasi yg berharga tidak sampai 3 ringgit. Di sana, depa jual sampai 10 ringgit satu.
Bekalan Makanan. Sos cili mesti bawak. Jika tidak kita batalkan saja perjalanan kita. hahaha. Mcm iklan kicap Jalin pulak! mee segera, biskut, kacang, kerepek, keropok dan air mineral wajib di bawak sekali. air mineral hotel rasa lain sikit la.
Ubat. wajib bawak terutama ubat batuk.
Aku memandu ke Krabi dan Phuket beberapa tahun lalu. Bila balik aku singgah di Hatyai dan Songkhla. Pengalaman memandu di sini amat seronok. Tenguk pemandangan, budaya orang Thai, singgah banyak masjid, warung halal, dan berhenti mana-mana yg kita suka. Kalau memandu kita boleh pileh hotel mana nak menginap. Tak payah nak booking.
Sejadah dan kompas jgn lupa! Di Phuket arah kiblat lebih kurang 290 darjah.
Ubat. wajib bawak terutama ubat batuk.
Aku memandu ke Krabi dan Phuket beberapa tahun lalu. Bila balik aku singgah di Hatyai dan Songkhla. Pengalaman memandu di sini amat seronok. Tenguk pemandangan, budaya orang Thai, singgah banyak masjid, warung halal, dan berhenti mana-mana yg kita suka. Kalau memandu kita boleh pileh hotel mana nak menginap. Tak payah nak booking.
Kalau nak booking hotel, buat melalui on line melalui syarikat spt trivago. Lebih murah. Itu yg sedara saya buat di Indonesia, Thailand dan di Makkah.
Cuba elak ke sana pada waktu puncak. Waktu puncak ni bila negara Arab alami musim panas dan bila mat saleh alami musim sejuk. Masing2 nak lari keluar dari negara mereka. Pada waktu ini, hotel murahan dlm pekan habis penuh dan parking pun susah.
Aku sampai ke sempadan sekitar tengahari sebab agenda pertama nak makan tengahari di Dannok. Ada 3 restoran Islam di sini yang terletak di JALAN MASJID. Selepas sempadan, pandu lebih kurang 150 meter, di kanan ialah Jalan Masjid. Pintu gerbang di jalan masjid pun dah ada kubah. Kena u turn kat depan. Tanya orang situ mana masjid, semua orang tahu. Sini betul2 makan Thai original. Penting bagi tahu dia tak nak pedas.

Dekat nak sampai sempadan mesti ISI MINYAK PENUH di pekan Changlun . Kalau terlepas Changlun kena lah patah balik sebab lepas tu paling dekat ialah stesen BHP, itu pun kena u turn bagai. Harga minyak di sana lebih mahal, ron 95 jer dah 4 ringgit lebih seliter. Sini baru 2 hinggit seposen [harga masa mula tulis blog ni]. TUKAR DUIT di Malaysia sebab sana kira cincai saja. Depa terima duit kita, tapi kadar pertukaran merugikan sikit. Nak pulak duit ringgit sudah hampir tidak laku di Thailand.
Bukan apa...sebab nilai ringgit naik turun dan merugikan mereka. Paling rugi sebab ringgit asyik turun jer.
Bukan apa...sebab nilai ringgit naik turun dan merugikan mereka. Paling rugi sebab ringgit asyik turun jer.
MAKANAN HALAL di selatan Thai banyak jugak tapi peniaga di sana ambil lebih kurang saja. Saya tak usik fish cake dan fish ball mereka. Kalu tak percaya, masuk pasar Gim Yong di Hatyai dan akan terjumpa perempuan yg pakai tudung jual ayam tak sembelih.
Ambil peluang BERSEDEKAH di masjid-masjid di sana. PAKAIAN bawa ala kadar sebab kita travel. T shirt PALING MURAH sebenarnya ada di Dannok, lebih murah dari Krabi dan Phuket. Walaupun t shirt beli di Dannok, mcm2 gambar ada. Phuket, Krabi, Bangkok, Chatucak, Kanchanaburi...semua ada. Kedai dan warung yg jual t shirt ni betul-betul lepas masuk Siam dan ia berada di sebelah kanan. Masa nak keluar dia berada di sebelah kiri. Sini mercun ada, pistol tiruan ala-ala pistol betul pun ada. tenguk jer, jgn beli. kena tangkap kalu....tak berbaloi. Hatyai banyak jual beg perempuan TAPI MAHAL, lebih mahal dari kat KENANGA atau Chow Kit.

Mercun dan bunga api. on the way balik,. masuk jer pekan Danok, ada kedai Melayu, rumah kedai dua tingkat jual beras. ia terletak depan rangka-rangka warung. Di sini, waktu malam mmg happening sebab ramai makcik buka restoran duduk bersila. Sambil beli beras, tanya perihal mercun dan bunga api. Aku beli bunga api jer untuk guna sendiri. Dannok merupakan pekan untuk pelacuran, tapi kalau bermalam di sini untuk makan malam dan shopping beras memang OK. Sini hampir 100% boleh kecek Melayu.
Sedara saya maklum pelacuran sudah amat berkurangan semenjak pimpinan negara diambil tentera siam. Bagus la mcm tu..patutlah pusat picit siam semakin banyak di semenanjung ni!
Sedara saya maklum pelacuran sudah amat berkurangan semenjak pimpinan negara diambil tentera siam. Bagus la mcm tu..patutlah pusat picit siam semakin banyak di semenanjung ni!
Undang2 Thailand fleksibel sikit. orang depan je yg perlu pakai helmet. helmet plastik pun OK. tapi di bangkok sana tu, depa strict sikit. pagi2 pick up penuh dgn budak2 pergi sekolah. bas sekolah tak ada di kg. teksi pun tak nampak langsung, yg ada cuma motorsikal yg berfungsi sebagai teksi. di phuket dan krabi lebih banyak tut tut.
Pekan KRABI. Ikut sejarah, ini pekan untuk pahlawan-pahlawan Siam. Kan dulu kita suka berperang. Macam-macam hiasan tiang lampu yang ada di sini. Jakun lah sekejap. Yang kat Malaysia kita tak perasan pun.
Yg penting di Krabi ialah Pantai Aonang. Happening habis di sini. Paling menarik ialah naik bot ke pulau pulau, snorkeling dan berkayak. Siap lah belanja apa yg patut. Kalau berkereta. On the way balik atau pergi dah boleh melencong ke Amerald Pool [kolam air panas].
Gajah. Tempat ini lebih kurang 65 km dari PHUKET. Mereka dari negara bertamaddun [mat saleh] datang pakai bikini jer. Masuk percuma. Ikut pelancung lain, buat-buat sebuk. Depa buat duit melalui perkhidmatan naik gajah, ambil foto, jual pisang untuk gajah dan jual ice cream. Kalau kat Msia nak masuk pun kena bayar. Tapi tempat naik gajah di pulau Phuket pun banyak jugak. Cuba sewa motor pusing-pusing pulau phuket, pasti akan jumpa tempat naik gajah.
Aku tak berani sangat dengan gajah ni sebab time dia naik minyak [time mengawan] kita tak tahu. Selalu juga kita dengar gembala dia sendiri pun dia pijak!
This is one of beautiful beaches at Phuket. Dulu Phuket ni bawah jajahan Islam Melayu, entah apa jadi, beginilah jadinya kalau kita tidak bersatu. satu menarik di sini ialah kubur orang Islam yang saya lawati. Semasa tsunami, tembuk kubur jatuh tapi satu batu nisan pun tidak tercabut. semua kekal kat situ. Kuasa Allah! Kat Phuket banyak masjid. Lepas solat letak lah berapa yang ikhlas dalam tabung masjid. masyaAllah semua masjid dibina dengan duit rakyat sendiri.
Songkhla. balik dari Krabi, singgah di Hatyai dan Songkhla. masa ni tak tau lagi kat Hatyai banyak happenings. Rujuk foto ni.....Its tail is somewhere else along the beach. ada kedai makan Islam yang masak belangkas macam kat Kota Tinggi. Masakan siam memang sedap giler. Tak apa lah bayar lebih sikit. Awas, kena bagitau kurang cili. Kalau tidak, pedas sampai goyang lidah! Songkhla juga guna simbol ikan duyung. biasala...kisah cinta macam hero gitu gitu lwn dgn awie berebut ikan duyung. Bab naga ni saya belum buat research lagi.
Sebelum masuk Thailand, buat insuran kereta dulu. maknanya, kena lah bawak geran kereta. isi minyak penuh-penuh. Sana minyak mahal. Tak ada subsidi macam kita. Tak tahu lah saya boleh bawak tong isi minyak atau tak. Boleh kot.....
letak 2 ringgit dlm paspot. Ini entah apa punya budaya pun tak tau lah. kalau tak letak, dia akan mintak jugak. Isi borang sendiri. Ada Minah kat situ akan tolong isi, dia akan minta 2 ringgit. Baik minta borang ni di kedai yg kita buat insuran. Jimat 2 hinggit. Ada juga Melayu yg minta seringgit untuk borang ini. sakit hati betul! Kalau nak borang free, nanti kejap...
Borang imigresen percuma. Di bawah ni ialah kompleks imigresen, kastam bagai. Kat sebelah bendera tu, atau sebelah kiri sekali ialah pejabat imigresen. masuk dan ambil borang dgn percuma. Kalau tidak, adek adek yg buat insuran kita pun nak jual juga borang ni. Geramnya dgn sikap orang kita.
Proses bawak masuk kereta. Lepas imegresen msia, jalan terus ke sempadan siam. confident sikit beb. Ada satu lagi road block Msia kat situ. Dia tanya cakap nak masuk siam, melancung. Betul-betul dekat gate, negara siam, belok kiri dan park kereta. parking percuma. ikut orang jer. kalau tidak berhenti tunggu kereta msia jalan, follow dia. Di kompleks sini memang kelam kabut dan haru biru. Lori, kereta, motorsikal, tut tut, warung tolak siam, semua setempat. Tak ada sistem langsung.
Park kereta di kawasan parking sebelah kiri. bawak paspot, geran kereta dan insuran kereta. Ada banyak pondok imegresen. Sebelah kiri ada tandas, sebelah tandas ia lah pejabat imegresen. Boleh ambil borang imegresen secara percuma di sini. lupa nak bagi tau, buat insuran di tepi jln sebelum kompleks imigren Msia. 14 ringgit jer pun.
Baris dan cop paspot dulu. Sudah tu, bawa geran, insuran kereta dan paspot ke pondok kastam siam pulak. Pondok ini terletak di laluan kereta. Tenguk mana kereta masuk, dan di hujung sekali ialah pondok kastam yg akan proses bawak masuk kereta. Caranya. Muka sopan giler. Jgn lupa tanya orang jugak. Hulur jer geran kereta dan paspot. Makcik tu akan key in dlm komputer, kemudian akan bagi borang. Bawak borang ke pondok sebelah, tanda tangan dan dia akan cop. Lepas tu pergi ambil kereta dan drive safely into siam.
begitu mudah untuk seludup kereta curi ke siam. geran fotostat pun dia terima you. jgn buat pasal hahhh.
Masa keluar siam nanti, serah borang di pondok kastam siam dan tanda tangan kat mana yg dia suruh. Pondok ini terletak di laluan keluar kereta dan berada di hujung sekali. Segan bertanya sesat jalan. Kalau tak serah borang ini, kira macam kereta kita sudah di seludup masuk siam. Nex time nak masuk lagi, akan kena saman sampai 1000 ringgit.
Sebelum masuk Thai, elok ada peta jalan raya. Paling berguna untuk keluar dari Danok saja. Lepas itu ikut saja papan tanda. Gerenti tak sesat.
Lebih kurang 2km selepas pekan Danok, kita akan melalui kompleks kastam khas untuk lori. drive tru dgn confident. Lori semua akan diperiksa, kereta jalan terus..
Kalau bertolak dari Danok lebih kurang 1 tengahari, lebih kurang 4 ke 5 ptg akan sampai Krabi. Sini pun kena tenguk peta jugak. Rajin2 tanya orang kalau tak pasti. Ada sekali aku kena buat U TURN, orang sini kata "u therng"!
Jarak yg aku catit dari Dannok ke Krabi ialah 318km. Jauh jugaklah, tapi tidak terasa kerana asyik tenguk pemandangan, gambar raja, dan papan tanda jalan raya. Oleh kerana itu, masuk Siam jam 11 pagi, setel segera, makan tengahari di Dannok awal, dan terus jalan sekitar 1230. Jgn singgah mana2, balik nanti OK. Kalau terus ke Phuket...500km.
Jangan harap GPS sebab setengah GPS tunjuk titik kita tapi tak tunjuk peta. Jadinya kita kena beli SIM CARD siam, dan letak dlm fon spare, dan jadikan dia hotspot. mcm wifi lah. Guna fon kita yg asal untuk tguk google map. Tapi mesti ada power bank, sbb bateri cepat habis. Masa beli sim kad siam, pastikan top up lebih sikit sebab sebagai hot spot, dia cepat habis.
Masuk sempadan MESTI waktu pagi sebab dari situ ada 500km nak sampai Phuket.
Laluan Utama. Hatyai, Pathalung, Trang, Hua Yot, Pang-nga, Phuket. kalau nak ke Krabi dulu, belok arah ke Pang-nga. Selepas sempadan [Danok] kita masuk terus menuju Sadao dan kemudian arah ke Hatyai.
Bila sudah dekat Hatyai masuk jalan ke ke Pathalung, ini pun dah seratus km. tup tup jangan masuk Trang, gunakan by pass ke krabi. kalau termasuk trang, isnyaAllah akan meraban.
Speed. tertulis 60km hingga 80km. tapi bila tenguk orang speeding, kita ikut jer lah. kereta dan lori yg perlahan kerap berada di lorong kanan, jadinya, kita akan selalu potong dari kiri. ini hal biasa di sini, tak perlu nak horn. ada juga yg berada di lorong kanan sebab mereka nak u turn.
Makan. Lebih baik tapau sebelum mulakan perjalanan atau makan jajan sahaja.
RnR. di mana ada kedai minyak yg besar, di situ ada RnR. Tandas depa OK. 7 Eleven depa 99.9% produk tidak halal. Surprise! setengah RnR ada surau.
Harga minyak, RON 95, 40.76 baht atau 4.76 ringgit satu liter. ini kira v power mereka. yg biasa tu RON 91 berharga 3.50 ringgit se liter.
Waktu jem. pagi2 budak masuk sekolah, 4 petang depa balik. kalau di bandar atau kg besar, jem hingga jam 8 malam.
Kalau kena tahan dgn polis, letak 200 baht dlm paspot buat pelicir. jgn tanya! ini pun orang yg bagi tau saya.
My plan. saya dulu terus ke phuket, biar letih terus. sampai terus mkn dan tdo. on the way balik, singgah di krabi. lepas tu singgah di hatyai. lepas tu baru balik ke Msia.
Memandu malam. jangan! amat merbahaya. kita tak tahu jalan, dan depa pulak drive mcm pelesit! lori pun laju jugak!
Komunikasi. [amat penting]. saya beli sim kad jenama AIS [sini celcom], harga 5 ringgit dan top up terus 20 ringgit. masuk dalam fon spare, dan jadikan dia hot spot. bahasa kita, jadikan dia mcm modem. jadinya, smart fon yg ada wassap atau e mail semua link ke modem ini melalui wi fi kita. satu lagi, mesti bawak power bank. bila ada wi fi, kejap je bateri dah kong. wi fi penting sebab kita nak tenguk peta!
celcom ada pakej international roaming seminggu tak silap saya 137 ringgit. pakai yg ini memang jimat. bila bila masa boleh call atau terima panggilan kwn/client.
Kalau lapar sangat semasa dlm perjalanan, lebih kurang 10 ke 15 km nak sampai ke Pathalung, hampir dgn taffic light ada kedai makan islam. petandanya, kalau ada rezeki, ada beberapa buah lori berhenti. peniaga sini boleh berbahasa melayu kerana mereka dari Pattani. Masalahnya kedai ni tulis siam yg bermaksud YALA.
Dekat dekat nak sampai Krabi ramai makcik jual ayam panggang dlm tempayan mcm tempayan roti nan. 15 hinggit sekor. rasa dia ok juga ler. cuma saya nasihatkan bawa cili sos Msia dan bawa tisu paper byk2.
Selamat memandu!
RANCANGAN PERJALANAN

TIPS lain..klik..
No comments:
Post a Comment