Saya bukan ustaz dan bukan pakar. Tips saya di sini ialah dari segi pentadbiran dan pengurusan. Bukan bab ibadah secara spesifik.
Yang saya faham umrah itu MUDAH, Tawaf, saei dan gunting rambut [tahlul]. Tapi JANGAN MAIN-MAIN, silap-silap kena DAM.
Bersyukurnya jika dapat pergi Makkah dan Madinah. Sebelum pergi, bermacam difikirkan, al maklum kita kan banyak dosa. Dasarnya, yang terpileh sahaja 'dijemput' ke sana. Begitu juga kalau dapat buat tahajud atau solat subuh berjumaah di masjid. Ia bukan untuk semua orang.
Pelbagai maklumat dan nasihat saya dapat sebelum ke sana. Saya cerita serba sedikit yg ingat. Saya tak catit apa2 pun semasa di sana. Memang sangat letih semasa di sana sebab kita berkejar untuk memaksimakan beribadat.

Saya nak merakamkan ribuan terima kasih kepada adek saya Mohd Mushin yang banyak membantu, mengajar dan memberi panduan.
PERSIAPAN
Persiapan pertama ialah mental. Umrah amat mudah, saya hanya hadir taklimat selama 1 jam oleh adek saya. Katanya, yg penting ialah cara wudhu guna air paling sedikit, terbatal wudhu semasa tawaf, di mana nak wudhu semula, dll atas apa yg saya sebut sebagai petua. Macam mana pun saya byk juga belajar dari u tube.
SEBELUM PERGI
Pakaian? 2 helai t shirt pagoda sudah amat cukup. Boleh pakai masa ibadat, tido atau menziarah. Sampai sana nanti kita akan shopping. Paling baik shopping ialah masa balik dari solat. Akan ada banyak penjual tanpa lesen tepi jalan, harga paling murah. Satu jubah baru 10 riyal. Cek betul2 sebelum bayar sbb barang byk ada cacatnya. Made in china? Di setiap kedai pun itulah buatannya. Tapi bawa la duit masa nak pergi solat, sikit jer dah cukup.
Ehram? Satu pasang pun boleh sebenarnya. Sebabnya kita sangat kurang berpeluh kerana udara di sana kering. Yang paling baik bawa 3 helai kain ehram. 3 helai ya...bukan 3 pasang.
Kasut? Sandal n selipar. Saya guna sandal yg beli kat kedai Bata jer. Naik kapal terbang, tawaf, ke masjid semua pun boleh guna.
Pernah saya pakai selipar ke masjid, itu pun hilang. Oleh itu bawa satu karung khas letak sandal dan bawa ke mana-mana.
Pernah saya pakai selipar ke masjid, itu pun hilang. Oleh itu bawa satu karung khas letak sandal dan bawa ke mana-mana.
Sabun tak wangi, bedak dll? Semasa umrah boleh bawa sabun dan pewangi bagai. Kita ber ehram dua atau tiga jam jer. Lepas tu mandi lah puas2 sabun lah puas2. Pakai segala mak nenek wangi pun ok jer. Kedai yg jual pewangi merata-rata. Lain kalau kita buat haji. Pantang larang lama wei.
Bagaimana pula jika selepas makan nasi arab dan membasuh tangan dengan sabun wangi...tanpa kita sedari. Kata ostad, jika kita niat untuk basuh tangan bagi hilangkan bau daging atau ikan...tidak mengapa.
Cucuk. Elok buat sebulan sebelum sebab biasanya orang akan demam. Saya cucuk meningitis di surau tabung hj KL sebab hadir kursus di situ. 140 rgt, dan cepat.
Telefon. Bawa spare untuk isi Sim Card mekah. tapi sekarang ni CELCOM ada pakej international roaming utk 7 hari dgn kos yg sangat rendah. boleh ckp tanpa limit.
Keselamatan. Simpan semua no telefon kawan2 serombongan untuk kecemasan. Simpan nama dan no fon hotel serta nama jalan. Bila tawaf dan saei kita boleh terpisah. Rancang satu lokasi untuk kita tungu jika terpisah dengan kawan, suami atau isteri.
Lokasi jumpa [RV] isteri/suami jangan diubah-ubah. Kita akan buat umrah sekurangnya 3 kali, tetapi pergi solat banyak kali. Kalau kita ubah RV setiap kali kita pergi solat....nanti kita akan lupa. Al maklum, tempat solat lelaki dan perempuan berbeza.
Bergerak dalam kumpulan minima 3 orang, dan berjalan pada waktu siang khusunya jika hendak berjalan-jalan. Elakan laluan sunyi atau belakang bangunan jika ke masjidil haram. Jangan bawa tunai terlalu banyak. Bagi wanita; setengah penjual suka pegang punggong wanita terutama wanita gemok. AWAS terdapat penyelok saku hingga di depan Kaabah khususnya di tempat orang bertolak tolak untuk sentuh hajarul aswad. Ndak nya pada waktu malam.

MASJIDIL HARAM
Masuk jer kawasan ini, akan ternampak Kaabah. Terus doa. Kemudian solat sunat 2 rakaat. Lepas solat doa lah apa yg kita hajatkan, dan nak nangis pun, nangis lah. Tak payah nak sorok2. Semua akan menangis sebab Allah jemput kita ke situ dan beri kita kebenaran ke situ.
Kali pertama masuk biarlah dekat tengah malam sikit sebab waktu itu tidak ramai orang dan banyak ruang kosong untuk kita tenguk-tenguk. Nak bagi taklimat pun mudah.
Paling penting ingat jalan datang dari hotel, apa nama hotel, dan nombor telefon kawan2.
Pada hari biasa, amat baik kalau dapat datang satu jam sebelum waktu solat. Untuk solat Jumaat 1 jam setengah atau 2 jam sebelum. Kita biasanya akan masuk ikut pintu King Abdul Aziz. Ini ialah pintu yg mengadap menara jam besar bandar Makkah.
Bawa plastik untuk kasut, bawa kasut hingga tempat kita solat. Setiap kawasan ada rak kasut. Guna beg kecil yg dibekalkan oleh travel agent untuk isi telefon kamera dan botol kecil [tapau air zam zam]. Cari lokasi yg boleh nampak Kaabah. Dapat pahala jika pandang Kaabah.
Cuba elak tinggal kasut di depan [di sini] sebab keberangkalian untuk tidak jumpa balik amat tinggi. Pihak masjid akan buang kasut setiap hari, sebab terlalu banyak.
itu sebab kena bawak masuk, letak dlm plastik. masa saya pergi dulu ada petugas di pintu yg hulur kita plastik untuk isi kasut.
Cari lokasi duduk dan solat yang tidak depan sangat. Orang dari negara lain [kita pun ada], mai lambat tapi sebuk nak duduk depan. Kalau tengah sikit, susah orang yg datang lambat nak tuju ke lokasi kita. Kalau nak pahala, bawa segelas air zam zam dan bagi kpd orang sebelah kita.
Ambil gambar kaabah tidak dibenarkan. ambillah curi-curi.
Ambil gambar kaabah tidak dibenarkan. ambillah curi-curi.
Download Quran dlm phone; boleh baca bila-bila dan di mana saja. Kat Mesjid byk quran, tapi kena duduk dekat situ lah. Kalau jauh mcm mana nak hantar balik. Nanti tempat kita orang ambil.
Kalau datang awal, boleh buat tawaf sunat. Paling baik dekat waktu magrib sebab boleh solat dekat Kaabah dan tidak panas. Lepas tawaf terus duduk. Masa tawaf baik bawa air zam zam botol kecil, buka penutup dan doa air zam zam itu untuk ubat ke apa ker. Bayangkan kebaikan air zam zam yg dibawa tawaf, tentu hebat.
Jika azan sewaktu kita sedang tawaf, baik berhenti dan ambil kedudukan. Jangan depan sangat sebab nanti orang yg masih tawaf akan mencelah. lepas salam, sambung balik tawaf.
Bagi wanita, sila klik sini untuk maklumat lanjut. PANDUAN BAGI WANITA Orang lelaki patut juga baca panduan ini.
Semasa tawaf, jaga2 orang yang menyongsang. Mereka ni memang tak faham bahasa. Ada pulak orang yg 'cross' depan kita. Ini kerana dia tawaf rapat dgn kaabah, dan bila habis dia lintas macam tu jer. Kita diajar dari luar rapat ke dalam dan masuk pusingan 5 atau 6 kita dah mula tawaf jauh sikit dari kaabah supaya tak ganggu orang. Sama juga nak solaat sunnat selepas tawaf; solat lah jauh jauh sikit.
Masa tawaf akan nampak orang bersembang, orang baca doa kuat-kuat, beramai-ramai, dan macam2 cara pelik. Diam jer lah.
Kalau rasa nak datang lewat ke masjid, baik bawa sejadah. Mungkin terpaksa di luar masjid. kat masjidil haram, setiap waktu solat saya boleh cakap macam orang keluar masuk stadium bola tenguk Manchester.
Pencuci masjidil haram. Seronok tenguk depa ni. Satu orang siram air, satu team tolak sambil bersihkan, satu kumpulan keringkan. Kalau nasib tak baik, kita disuruh pindah sana, pindah sini. Tenguk rezekilah! Kalau dia nampak Melayu dia cakap Melayu, Hindi dan macam2 lagi. Biasanya dia jerit hajjah hajjah atau haji haji. atau 'calo calo'.
Hujan di kawasan Kaabah. Kalau hujan lebat sikit, sekejap je dan banjir dalam kawasan Kaabah. Sekejap je dan surut. Lepas tu kotor lah sebab banyak tapak kaki. So kalau hujan, gerak lah ke kawasan berbumbung. Kalau renyai, ok jer.
Waktu hujan turun ni tidak menentu. Biasanya malam, tetapi waktu petang pun selalu jugak. Tidak perlu bawa payung sebab sekejap saja.
Cuma kesannya memang leceh lah. Habis kotor.
Nasihat saya kepada first timer. JIKA BOLEH, minta tolong dari orang yg ada pengalaman umrah.
Kali pertama masuk masjidil haram, ostad yg bertanggungjawab akan bawa kita menonong-nonong. Ikhlas....saya tidak suka cara begini.
Minta tolong abang pakcik dll, benarkan kita solat sunat kali pertama nampak kaabah. duduk berdoa panjang2 dan biarlah kita menangis lama mana pun.
Selepas itu, sebelum nak tawaf, cari ruang yg selesa, berdoa lagi. Kemudian kita tunjuk laluan, lampu hijau, apa yang nak buat dan jangan buat, lokasi air zam zam, dan laluan ke saei.
Saya juga mohon di sini, kalau boleh ostad ostad tu asingkan, orang yg ada pengalaman dan yang tiada pengalaman. Beri mereka kebebasan hendak buat sendiri, nak ajar anak bini sendiri atau nak ikut ostad.
Ostad pulak kena anggap semua pengikut dia adalah orang kali pertama.

Kemarin 12 Nov 2016 saya hadir kursus umrah di surau Tabung Hj di Jln Tun Razak. Amat bagus cuma bila tang syahwat dan masalah haid dan masalah2 perempuan, ostad ni syok sendiri dok bagitau mcm mana nak sumbat kapas, mcm mana kemaluan lekaki kembang dll. rasanya yang itu tak perlu lah nak terperinci.
Sepanjang 2 jam solid, ustaz ni cerita dengan terperinci prosedur umrah. Mmg sangat bagus. Saya sarankan ramai ramai datang walaupun belum ada niat nak pergi atau lambat lagi nak pergi. Tenguk dlm website TH Travel, ada jadual kursus...hampir setiap Sabtu.
Sebab apa? Sebab ada kalanya tarikh kursus travel agent kita tidak kena dgn kelapangan kita. Tapi kalau tenguk dlm you tube pun dah okay dah.
Yang paling menarik ialah isu bayar visa. Tips nya, sebab no paspot kita sudah berubah, dalam rekod pak arab itu kali pertama kita buat umrah dan ia jadi percuma. TETAPI jika di lihat pada muka surat akhir paspot dan terdapat no paspot lama semasa kita buat umrah, kena la bayar 2 ribu lebih. Cuma kawan saya bagitau, standby duit untuk bayar jika mereka tahu ini kali kedua,
telefon. sampai di airport, ada ramai penjual sim card. JANGAN BELI. Arab Saudi ada banyak telco. di Makkah sana kad lain, dan tak boleh top up. tak perlu tergesa-gesa. bila betul2 dah setel, barulah cari sim kad. pastikan kedai yg sama ada top up.
solat di airport. ada satu kawasan terbuka baik lelaki baik perempuan. maknanya kita dah siap pakai selipar atau sandal.
jakun? ye. kita akan jakun sikit sebab mula nampak telatah bangsa lain dan negara lain2...macam2 rupa. jangan bisik2 atau gelak2. tenguk je dengan tenang. senyum pun jangan.
persiapan jiwa raga

jgn itu jgn ini, sana bayar cash [petunjuk Allah on the spot]. sampai jeddah solat taubat dan hajat. minta kat Allah supaya kita dapat beribadat dgn lengkap dan sempurna. tawakal kpd Allah. jangan terlalu tahyul, jangan buat andaian. tenguk kawan sakit je, mulalah cakap....ni tentu hukuman Allah. jgn cari dosa kering...
jgn tergesa2. tawaf slow2 dan saei slow2. tak payah rushing. paling letih nanti masa buat saei. trik dia senang jer....doa slow2 dan panjang2 masa kat safwa atau marwa. rehat
you from Malaysia? mana mana pun dengar ayat ini. syukur kita orang Malaysia. peniaga hormat kita sungguh. tawar sikit2, tak mahu sila cabut. cakap TQ kat dia. tapi jgn pemurah sangat. sana byk peniaga bersedia untu kencing kita. termasuk lah peminta sedekah dan pencuci bangunan. tak habis2 minta duit kat kita. ada juga you from malaysia? tapi nak minta duit...
di KLIA kita ni siap pakai ehram. orang yg biasa pergi relek je. bila dekat masuk sempadan, pilot akan bagi tahu. waktu itu orang yg pakai jeans, akan tukar pakai ehram. mana2 pun ok jer.
ambil wudhu guna air amat sedikit. tak perlu banjirkan tandas dalam kapal terbang. kalau boleh belajar ambil wudhu guna penutup air mineral.

ubat? kalau boleh, jgn dengar ckp orang kat sana ada kedai ubat [farmasi]. betul.....tapi ubat batuk saya beli 29 riyal satu botol. ada sahabat tu....bawah anak pergi kelinik....400 riyal sekali jumpa dr. lebih baik bawak segala macam ubat yg kita fikir perlu. minyak urut atau minyak panas amat perlu. sakit kaki wei...tiap hari jalan tak kurang 3 km. masa rehat atau nak tidor, sapu minyak pada tapak kaki. selalu kita eksesais pakai kasut sukan, ini bila jalan guna pakai sandal, lain rasanya.
ubat batuk, strepsil berubat, panadol, ubat selsema...itu semua wajib bawa. setidak tidaknya kita boleh offer kat kawan.
body lotion wajib bawa sebab bila terlalu panas dan kering, kulit kita akan jadi sangat kering. paling penting tiap kali lepas mandi saya sapu pada kaki.

batuk n demam? bila dah dahaga, sabar! jangan minum zam zam sejuk, air sejuk n ice cream. jgn merokok. minum air suam setiap hari. air zam zam NOT COLD pun ada kat masjidil haram. tido awal tiap hari. paling penting pakai MASK!. Mekah panas n berabuk! itu yg sebabkan kita batuk. kita demam sebab tk cukup rehat n tido. setiap masa kita nak beribadat. yg best tu bila masuk masjid, kita cari tempat untuk duduk selesa dan akhirnya akan tertido.
tali? ya amat penting! sebab nak buat ampai dlm bilek. basuh pagi petang kering, gantung dlm bilek jer. tapi dlm keadaan basah menitis, gantung dlm bilek air dulu.
tapi janganlah lupa bawa hanger. cari hanger paling murah sebab lepas tu kita akan tinggal benda tu.
ini saya cerita standard saya yg murahan ler. kalau sudah duduk di 5 star, tak payahlah bawak tali, hanger, bagai.
beg? bawa beg biasa untuk travel. tapi saya bawa beg spare yg boleh lipat. bila dah shopping, kita perlu extra bag. beli karung? tak payah la....., sekali pakai dah koyak. boleh kata semua yg saya tenguk kat KLIA koyak rabak.
Beg Boleh Lipat |
sun glass? wajib. panas sampai tak boleh buka mata. semuanya silau. orang yg ada darah tinggi atau jantung yg paling sengsara.
duit? terpulang....bawak la lebih sikit, sebab orang kg kirim macam2. tapi ada seorang sahabat cuma kirim salam kpd Rasulullah. aduss baiknya la kawan kita ni.
makan kat hotel? tenguk nasib...ada baik ada yg kurang baik. nak makan nasi di D'Saji kat kompleks depan masjidil haram. sini harga mahal lah sikit sebab 5 bintang. cuma nasi dia banyak betul, kalau husband and wife, order satu pinggan dan baik kongsi. tak perlu bazir
terkentut se masa tawaf? keliling kaabah ada air zamzam. di situ lah saya ambil wudhu, guna air zam-zam. buat yg betul2 wajib sahaja. basuh muka kaki tangan muka semuanya sekali, tak perlu 3 kali.
saei. Dalam umrah, inilah yg paling letih, dan sakit kaki khususnya tapak kaki. Entah berapa kali aku berhenti basuh muka. Itu sebab kena bawak minyak gamat. Balik ke hotel; urut tapak kaki. Urut sendiri.
gunting kecil. jangan bawa 2 unit, bawaklah se dozen pun ok. bila time nak gunting rambut selepas saei, adalah yg datang nak pinjam. baik bagi terus. dapat pahala.
tercicir barang semasa tawaf. pencuci kawasan kaabah akan letak di tembuk separuh bulatan di Hijr Ismail. cari balik di situ....kalau ada rezeki.
pencuri/penyamun. semasa pergi solat subuh atau malam, jangan bawa duit banyak2. mereka 3 atau 4 orang, serahlah apa yg ada. kalau rasa nak pergi tukar duit pun buat waktu tengahari, time nak dzohor.
pembantu cium batu hitam. jika ada hajat dan anda sedang berusaha khasnya waktu jam 2 atau 3 pagi, akan datang mereka yang akan bantu untuk bawa anda ke batu hitam ini. JANGAN, saya nasihatkan jangan. mereka akan minta upah yg mengarut. kalau terjumpa mereka, baik terus batalkan rancangan. jika tidak, mereka akan rapat dan cuba ambil duit anda di talipinggang.
Sikap wakil travel ejen di Mekah dan Madiah. Ini perkara utama tuan puan kena doa sungguh-sungguh. Tidak kira mana sykt umrah, wakil mereka tetap orang yang sama. kalau dapat wakil yg haprak, haprak lah nasib kita di sana. Pertama orang Melayu [budak-budak student], kedua pemandu bas, ketiga guide kita dan ke empat hotel kita.
Doa yang terbaik dan masa yg sama banyak bersabar. Bila sampai di airport, wakil yg nak sambut kita sukar dicari. Lorong imigresen pulak tutup. Pak arab ikut suka dia lah nak buka atau tutup. Jangan di marah mereka ni. Bila wakil kita belum kita jumpa, maka kita pun macam anak ayam hilang ibu.
Bila dah jumpa, bas pula parking nun jauh di sana.
Wakil kita student-student tu ada yang langsung tidak mesra pelanggan. Dok bersembang sesama mereka. Mereka tidak akan bagitahu nak pergi mana, nak buat apa, tunggu apa lagi, berapa lama nak sampai.....ringkasnya...lantak lah kome.
Bila time nak melawat itu dan ini, bas datang lewat, Kekadang sampai 1 jam. Bila sampai destinasi, tidak boleh masuk sebab kita terlewat.
Ada kalanya nak melawat kilang quran, dari jauh sudah nampak sangat ramai orang....pemandu terus jer u turn dan balik. Dia cakap orang ramai sangat.
Kebun kurma. tak ada apa yg nak di lihat. Pemandu akan bawa kita ke kedai kurma yg OK bagi kebanyakan orang...... .

Lorong khas untuk pelawat. Serupa mcm di Selangor Pewter di Setapak |
Pandangan dalam kilang quran |
Kebun kurma. tak ada apa yg nak di lihat. Pemandu akan bawa kita ke kedai kurma yg OK bagi kebanyakan orang...... .
Kedai di kebun kurma Makkah |
Kedai kedai kurma di Madinah |
di MADINAH, suasana berbeza banyak. tak kelam kabut, semua tenang. kita nak masuk masjid nabi nak masuk ke raudah, nak ziarah kubur nabi dan nak ziarah kubur para sahabat.
nasihat ikhlas saya.... kalau mutawil mutawif bagi tahu besuk pagi kita akan bla bla bla.... baik ikut plan saya ni.
sampai saja madinah, biasanya waktu malam, dlm keadaan letih, pergi lah masuk ke raudah dan kemudian keluar ikut pintu yg melalui kubur nabi. lagi lewat malam...lagi bagus, sbb orang tak ramai.
pergi 3 atau 4 orang bersama orang yg ada pengalaman. jika nasib baik, dpt solat sunnat di raudah.
besuk paginya.... lepas subuh, terus pergi melawat kubur para sahabat bersama geng yg sama. jgn tunggu pemandu pelancung kita. janji 8 pagi, tunggu punya tunggu, 9 pagi baru nak keluar hotel. lepas tu pemandu pelancung ni bagi ceramah 1 jam, nasihat 1 jam.... tup tup gate tutup!
tapi bila ziarah gunung Uhud dan lain2....ikut la pemandu pelancung kita tu.
No comments:
Post a Comment