Total Pageviews

JALAN JALAN

Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Cumanya Jangan lupa/tinggal solat ya..

Wednesday, March 8, 2017

Makan Makan di Sandakan





Selera Nusantara. Restoran paling digemari oleh tetamu yg datang ke Sandakan. Settingnya santai, di tingkat atas yang boleh muat 40 orang dgn selesa seperti ruang dalam sebuah rumah.

Menunya berasas Indonesia. Sesuai bagi majoriti tapi bukan ala-ala nasi padang. 

Yang best nyer...harganya amat berpatutan. Tuan akan terkejut bila terima bil. Dekat separuh dari harga yang kita akan sangka.

Makannya sedap, harganya OK dan layanan istimewa sangat mesra dari tuan punya restoran itu sendiri.

Tingkat atas dibuka atas tempahan, minima untuk 10 orang, untuk makan tengahari atau malam. Jika mahu tempah untuk teh petang atau majlis tertutup pun boleh dan amat sesuai. 


Rugi besar jika sudah di Sandakan, tuan tidak ke restoran Selera Nusantara. Ini no tel nya: 60 89 666 636. 

Lokasi restoran ini seperti di peta di atas tapi boleh juga  taip no ni pada google coordinate 5.8792001,118.047299  

Tapak parkir di kawasan restoran ini  selesa dan lumayan, kedudukannya juga betul-betul di tepi jalan besar. Tandasnya standard hotel 4 bintang rasanya. 

Walaupun menunya 100% Indonesia, tuan tidak akan kecewa dengan keenakan nya. Teh lemon madu per-sada yg turut dijual boleh bikin  kita jadi slim. Cuma selepas minum, terus saja sendawa.

Beberapa kali saya ke situ dan amat tertarik dgn kebersihannya. Bila tanya baru lah tahu bahawa dapurnya di tkt atas. Patutlah di bawahnya amat bersih. Tidak heran Majlis Bandaran kategorikan restoran ini Kelas A.

Pekerjanya semua di dedah dgn multi tasking dan multi skills kecuali memasak. Semua boleh handle tugas cashier dan menyedia minuman selain dari tugas-tugas am lain dan terima order. InsyaAllah mereka cuba yg terbaik untuk setiap pelanggan.

Lihat setting di tkt atas! mcm dlm rumah..
Testimoni. Susah nak sebut, Tapi hampir semua orang yg pernah ke sini tetap mau dtg lagi.

Catering. Restoran ini juga menerima catering biasa atau tapau. Jika catering, ianya memang 1st Class. Pun begitu, harganya tidaklah mahal berbanding dengan menu dan peralatan yang mereka sediakan.

Waktu buka - dari pagi hingga 11 malam.


Selamat Menjamu Selera!

lihat komen pengunjung lain

-end-


No comments: