Nampak mudah tapi susah, tapi berbaloi. Petua pertama, keluar 2 jam lebih awal. tidak pun, pegi la jalan jalan hari cuti ni. Jln2 cari makan...pekena cendul bakar!
Ini jln yg saya selalu guna untuk ke KLIA dari KL. Jimat duit [tol RM2.50 jer, harga lama], tak banyak kereta.
Mola2 [bahasa lama], masuk highway ke Putrajaya. Orang panggil highway MEX. Keluar jer tol Putrajaya, ada 2 papan tanda, satu ke KLIA satu lagi ke Putrajaya.
Ambil lane kiri ke Putrajaya [memang ler kita nak pegi KLIA], jangan masuk lane KLIA!
Jalan terus lebih kurang 1 km ada papan tanda Cyberjaya, jgn belok, jalan terus. Kemudian ada papan tanda ke Dengkil. Slow slow, sini lah part paling confuse. Arahnya ke kiri, tapi baru nak belok kiri, kena masuk kanan. Itu sebab saya kata slow slow. Atau bahasa kita slow giler. Yer betul! kita menuju arah ke Dengkil.
Brek dari jauh, supaya kereta belakang tahu kita orang baru. Sini memang kawasan kemalangan jenis terbabas kerana banyak kesan pada penghadang jalan.
Dah tu jalan terus, dan kita akan lalui jambatan ala-ala arkitektual China. Jalan terus akan nampak pulak papan tanda KLIA. Bila dah nampak papan tanda ini, jangan masuk Dengkil pulak, terus jer ke KLIA.
Tuan akan rasa lebih yakin bila nampak banyak teksi dan van persiaran. Depa ni semuanya nak elak tol. Kita pun sama.
Kemudian akan nampak HOTEL SEPANG kat area tasik sebelah kiri [bekas lombong bijeh timah], terus jer sampai simpang yg ada traffic light. Kanan ke Banting, kiri ke Nilai. Nak ke KLIA kena terus jer. ini juga jalan pintas yg saya selalu guna untuk pegi Banting.
Terus lagi akan sampai overhead bridge yg belum siap, semua orang rapat kiri. Ikut jer. Kemudian belok kanan. Lebih kurang 1km jumpa traffic light, Belok kiri. Tuan akan nampak masjid di sebelah kanan. Depan sikit ada bulatan. Kiri ke LCCT dan Formula 1, terus ke KLIA, kanan ke KLIA2, KL n Shah Alam.
Confuse? memang ler, papan tanda Malaysia memang confuse. Nak pulak kalau kita di kawasan Putrajaya. Lagi confuse. selamat mencuba!
sambil2 ni kan....jom baca Tips Umrah insyaAllah kpd yg belum pernah pergi..
No comments:
Post a Comment