Bagi mereka yg kali pertama memandu ke Siam pasti akan rasa teruja. Jika boleh, elak jadi pemandu sebab banyak sangat benda baru yang nak kita tenguk. Lepas je imegresen, terus kita jadi jakun. Sekejap je handphone dan kamera dah penuh. Ini pengalaman saya masuk melalui Bukit Kayu Hitam.
Lepas saja kompleks imegresen Siam, kita akan berada di pekan kecil yg dipanggil Dannok atau Danok atau Dan Nok. Mula-mula kita akan nampak sistem yang tidak ada sistem. Orang bebas keluar masuk. Hendaknya motorsikal Siam.
Dan masuk jer Danok kita akan nampak 7 Eleven berlambak lambak kiri kanan jalan. Di sebelah 7-E yg sebelah kiri tu ada tempat tukar wang. Tukar duit Siam untuk shopping sebab rugi byk kalau guna duit Msia.
Lepas pekan Danok nanti, kita akan nampak orang jual petrol dalam botol sepanjang jalan. Inilah realiti nya di sana. Fenomena yg sukar dibendung kerana keadaan sosio ekonomi mereka yang tinggal di sempadan. Kot mana pun, berapa sangatlah mereka boleh untung.
Kalau ke Hatyai dan Songkhla bawalah anak-anak sekali. Dapat juga melancung ke luar negara dengan bajet yg ciput tu. Ini kira pengalaman bermakna juga kepada anak2. Hadiah rajin baca buku!
Di pekan kecil yg bernama Danok ni, elok kita tidor satu malam. Baiknya semasa hendak keluar, sebab byk benda boleh beli di sini. Beras, beras pulut, sos tom yam.....Tempat makan malam duduk bersila, tak susah nak cari, di tepi jalan besar je. Di tempat inilah juga ada jual beras, tapi waktu siang saje. Dalam kedai ni, mercun dan bunga api pun ada jugak. Beli lah sikit2 untuk anak2. Kalau siang; makan di Lorong Masjid. Pastikan pesan awal-awal jgn pedas. Saya biasa tidor sini semasa hendak keluar. Shopping sini terbaik!
Lebih kurang 50 meter dari sempadan, ada kedai t shirt. Masuk je sempadan dia berada di sebelah kanan. Ia dihalang oleh gerai buah dan jajan-jajan. Inilah kedai t shirt paling murah di Thailand. Ini berdasarkan pengalaman saya di Phuket, Krabi dan di Bangkok.
Lepas saja kompleks imegresen Siam, kita akan berada di pekan kecil yg dipanggil Dannok atau Danok atau Dan Nok. Mula-mula kita akan nampak sistem yang tidak ada sistem. Orang bebas keluar masuk. Hendaknya motorsikal Siam.
Dan masuk jer Danok kita akan nampak 7 Eleven berlambak lambak kiri kanan jalan. Di sebelah 7-E yg sebelah kiri tu ada tempat tukar wang. Tukar duit Siam untuk shopping sebab rugi byk kalau guna duit Msia.
Lepas pekan Danok nanti, kita akan nampak orang jual petrol dalam botol sepanjang jalan. Inilah realiti nya di sana. Fenomena yg sukar dibendung kerana keadaan sosio ekonomi mereka yang tinggal di sempadan. Kot mana pun, berapa sangatlah mereka boleh untung.
Di pekan kecil yg bernama Danok ni, elok kita tidor satu malam. Baiknya semasa hendak keluar, sebab byk benda boleh beli di sini. Beras, beras pulut, sos tom yam.....Tempat makan malam duduk bersila, tak susah nak cari, di tepi jalan besar je. Di tempat inilah juga ada jual beras, tapi waktu siang saje. Dalam kedai ni, mercun dan bunga api pun ada jugak. Beli lah sikit2 untuk anak2. Kalau siang; makan di Lorong Masjid. Pastikan pesan awal-awal jgn pedas. Saya biasa tidor sini semasa hendak keluar. Shopping sini terbaik!
Lebih kurang 50 meter dari sempadan, ada kedai t shirt. Masuk je sempadan dia berada di sebelah kanan. Ia dihalang oleh gerai buah dan jajan-jajan. Inilah kedai t shirt paling murah di Thailand. Ini berdasarkan pengalaman saya di Phuket, Krabi dan di Bangkok.
Kalau kita ke Hatyai lebih baik kita terus juga ke Songkhla. Jaraknya mcm Ipoh dan Bercham atau KL dan Shah Alam. Di Songkhla ada bermacam benda yg kita boleh tenguk termasuk akuarium canggih. Pantai dia mmg cantik. Di sini ada ikan duyung tembaga mcm kat Eropah. Berebut-rebut orang nak bergambar, termasuk kita sendiri.
Cuba cari peta yg mcm di sini untuk panduan memandu di pantai Songkhla.
Di pantai Songkhla ada banyak warung makanan ringan dan souvenir. Tetapi hampir semua souvenir tak berkualiti. Bawa topi sendiri sebab di sini mahal.
Bab kepala naga kat bawah ni...memandu tepi pantai nun jauh jugaklah, baru nampak ekor dia!
Kain kuning yg dililit tu maknanya ianya sudah mula disembah.
Bab kepala naga kat bawah ni...memandu tepi pantai nun jauh jugaklah, baru nampak ekor dia!
Kain kuning yg dililit tu maknanya ianya sudah mula disembah.
Ada satu kawasan yg terdapat banyak restoran, dan di sebelah tepi kawasan parking ada banyak stall. Menariknya dgn stall ini.. order somtam, sotong goreng, dan macam-macam lagi, kemudian makan duduk bersila di pantai. Makcik tu siap bagi pinjam tikar lagi. Semua peniaga ada tikar untuk kita pinjam.
Air minum tak payah order! Masa lepak-lepak ada budak datang bawak air minum, pileh jer mana nak. Bab air mineral, kalau boleh bawak dari Msia sebab rasanya tak berapa sedap.
Di area pantai Songkhla ada kg Melayu, cumanya mereka tak
tau cakap Melayu. Makan di sini pun OK jugak. Sebijik mcm warung-warung
di Malaya.
Sebenarnya pantai ni panjang, saya pun susah nak cakap tempat2 ni mana sebenarnya. Tenguk peta yg kat atas tu. Pantai ni ada meriam, ada patung kepala naga, tempat makan, ikan duyung, patung kucing dan tikus, kg melayu, dan kawasan mandi yg best. [untuk budak2 ler, bukan kita]. di kg melayu tu adalah masjid untuk kita solat. sudah solat, letaklah seringgit dua dalam tabung. bukan apa, di sini masjid semua orang kg buat sendiri. suruh anak-anak yg letak duit dlm tabung, ajar dia bersedeqah.
Ada satu patung tembaga kat tepi pantai yg ada meriam besar, orang Siam pi sembah mcm tuhan la pulak. Kalau nak bergambar, sila bukak kasut. nanti kena tegur....malu
Sewa hotel di Hatyai dah naik sikit. Dah jadi mcm bandar pelancung, mcm tu lah. Hatyai dalam daerah Songkhla, dan pusat pentadbiran pun di Songkhla. Tapi Hatyai pulak yg happening. Kalau bawa kereta, banyak hotel murah yg boleh kita menginap. Seperti hotel yg namanya Siam Centre, kawan aku kata murah giler, bilek besar, harga tak sampai 100 ringgit. Pekan dia banyak jalan sehala. Pagi dan petang jem sikit. Lain2 tu OK laaa.

Di pantai Songkhla jgn lupa makan kari belangkas. Kalau tguk TV 3, belangkas ni made in Kota Tinggi. tu lah pasal.... pegi Siam makan belangkas dari Kota Tinggi. Restoran ni ada di tepi pantai. Ada banyak restoran dan warung di situ.
Tarikan di Songkhla? ZOO. Zoo SONGKHLA, ni boleh drive kereta masuk. masa aku pergi, harga masuk ialah 15 ringgit sorang, dan tiket untuk kereta 5 ringgit. Kalau nak jahat sikit, bawa masuk dlm kereta pisang dan keledek banyak-banyak. Bagi makan rusa dan gajah.
Kawasan zoo ni berbukit sikit dan luas. Ikut jalan ke Songkhla kemudian bila dah nak sampai Songkhla masuk ke simpang menuju ke Pattani. Ada banyak ruang untuk berkelah dalam kawasan zoo ini. Monyet tak ada nak 'kongsi' makan dengan kita. Selamat la sikit. Tapi jangan makan di kawasan bebas rusa/kijang. Depa akan join kita sekali makan cok kodoq. Zoo ni ada surau yang cantik tapi kotor dan tiada air. Tapi sekarang dah ok kot.
Di Hatyai ada 3d magic museum. floating market. Pasar malam mcm di patpong [bangkok] dan pasar siang mcm chatucak [bangkok].
Untuk keselamatan, cari lah hotel yang tak popular. Yg popular takut jadi sasaran pengebom. Kalau tak silap LEE GARDEN pernah di bom. Pusat maksiat dan hiburan pun pernah kena juga. Cuba elak juga di mana ramai polis atau tentera mereka melepak. Ini juga boleh jadi sasaran 'separatist'.
Kat supermarket mcm tesco makro Big C dan k4 byk produk yg tidak halal. Maknanya jajan murahan, bawaklah dari kg.
Cable car hatyai pun menarik jugak. Ini nak rasa jer lah, sebab kat Langkawi lagi hebat. Drive ke sini, tiba-tiba aku sampai ke puncak. hahaha, tak payahlah nak naik cable car dia. kat puncak tu ada tok kong siam jer pun. cuma pemandangan dari situ so so jugak lah.
Shopping baju murah. Lebih baik cari jenis reject shop atau factory outlet. jenama adidas nike dan yg best best tu mmg murah. Beg galas pun sama juga murahnya.
Kalau harga t shirt cop Hatyai Krabi dll, sekitar 10 ringgit saja. Kalau lebih dari tu, jangan beli!
Kalau harga t shirt cop Hatyai Krabi dll, sekitar 10 ringgit saja. Kalau lebih dari tu, jangan beli!
Paling menarik di sini ialah makanan siam. manggo pulut, laksa siam, tomyam, somtam, jus buah orange [paling best], buah-buahan, ikan 3 rasa, memang berbaloi dgn harga dan rasa. jajan-jajan dia memang murah. bab jeruk buah, janganlah beli sebab bahan kimia yg digunakan memang beracun. Tak percaya cuba bagi budak kecik dan orang tua makan. Gerenti batuk, loya dan jadi tak sihat. Mata kucing dan lychee pun jangan beli. penuh dgn bahan kimia. Terkini, durian siam pun depa celup dgn bahan kimia.
Kat satu pasaraya tu, lupa nama, ada byk barang spt reject shop. Harga dia, murah melampau!
Masaj di sini murah, tapi banyak kes menipu. Kalau kita bayar untuk 1 jam, 45 minit dia dah berhenti. tak payah lah nak buang masa pergi masaj. Masaj berbaloi di Krabi! Bersih mesra dan tiada hanky pankee.
Kalau bab nak tenguk tarian bogel, baik tak payah. buat dosa jer. Silap2 lokasi ini akan di bom masa kamu di situ. Malu satu kg.
Peminat bundle akan meleleh air liur. talipinggang ori tak sampai 10 ringgit. Seluar jeans, topi, jeket kulit, n kasut, semuanya murah.
Parts motorsikal pun masuk dalam kategori leleh jugak. Ramai juga yg bawa kereta ke sana untuk tambah aksesori. Tak percaya cuba tenguk lori2 siam. meghelitttt!
Apa-apa pun, kalau dtg dgn isteri dan anak-anak, kena rancang 2 ke 3 jam untuk bergerak berasingan. kalau tidak hati akan geram sebab tak dpt beli apa yg dihajati.
Proses/prosedur bawak masuk kereta. sila lihat blog ini. http://drivingtobangkok.blogspot.com/2013/01/tips-memandu-ke-phuket-dan-krabi.html
Pasar tempat beli belah. Pasar Kim Yong. Ini semua tempat sembelih pelancung msia. Kena tawar menawar dan jalan jalan cari tempat paling murah. aku suka beli penyapu siam, harga 4 ringgit jer. Periuk cap zebra pun murah jugak. Masalahnya kebanyakan penjual Islam tak bercakap melayu.
Sedih! Ada juga yg jual ayam tak sembelih |
Kenalah guna calculator penjual tu. Kalau nak tawar harga, make sure 25% dari harga yg di offer. Kalau dia letak 100, kita ketuk kat calculator dia 25. Tenguklah nasib mcm mana. cuba buat2 tak mahu dan beredar....nasib baik dia panggil kita semula. TIPS. Pasar ni tutup pukul 5 petang!
Makan pagi, aku makan di atas pasar basah. sini pagi pun makan nasi. Terpaksalah makan lewat sikit, terus sebagai brunch [breakfast + lunch]. Kalau takut anak-anak lapar, bawa mee megi dan teh siap2. Roti gardenia pun ok jugak.
Udang galah goreng, kalau boleh elakkanlah. entah bila punya udang. Harga pun boleh tahan jugak mahalnya. Warung ini jual sekali mangga dan durian pulut. Pun mahal maximum.
Berhampiran tu ada kakak dan adek jual durian mangga. Muka decent giler. Bila tanya harga, baru tau decent ke tak.
Semua ni berada dekat bangunan McDonald. Kalau tenguk dlm peta, ia terletak dalam kawasan kelabu [grey area] ie kawasan pelancung.
Laksa siam. Kuah dia macam kuah masak lemak atau kuah laksam. Warna kuah kuning sikit. Laksa dia kecik sikit. Cuma....sayur sampingan dia dekat satu dulang! Kenyang makan ulam, tapi memang best. Kalau nak pedas, letak lah cili sesedap rasa.
Amek ko...laksa Siam |
Sarapan pagi. aku makan di kawasan pasar. tingkat atas. ada bahagian untuk islam dan bahagian untuk bukan islam. ramai gak yg cakap melayu di sini.
Masaj badan. kueng kueng kueng. nama dia Niwandi. fon dia +62 813 753 9161. Dia seorang lelaki dan akan urut orang lelaki saja. yg bestnya....ini kalau anda ke Medan, bukan Hatyai. Satu jam setengah cuma 50 ringgit. takpa, simpan no fon ni, berguna bila anda ke Medan. ada wassap lagi pemuda ni. baik dan sopan, sekolah tinggi, cuma sana susah cari kerja. dia kerja kilang dan perlu dimaklumkan awal. fire fly ke Medan pun tak lah mahal sangat. Jadikan Medan sasaran seterusnya sebab harga flight tidaklah mahal sangat.
Makan malam. tempat paling istimewa ialah di round about Hatyai. harga OK. menu pun OK. dinasihatkan bayar bila dapat makanan. jika tidak, dia akan terlupa, dan akan letak harga yg paling mengarut. nak gaduh kita pun tak tau cakap siam. pusing round about tu sekali akan nampak warung-warung kat sini. malam jer tau!
Floating Market. Tempat ni tak bagus dia satu jer.....kemuncak berlaku pada waktu maghrib. kalau jama magrib isya OK la. Kot mana pun, baik sampai sekitar 5 petang, beli dan makan apa yg patut, dan balik. Kalau memandu ke sini, kena pandai tenguk peta atau GPS. Souvenir di sini tak menarik dan tidak berkualiti. Kawasan warung di atas lecak dan kotor.
Kalau hendak memandu ke sini, hala ke BIG C dulu, dari situ ikut jalan terus ke Floating Market. Bila sampai ke area kuil budha, maknanya anda sudah sampai.
Peniaga yg dlm bot tu 95% Islam. Mereka pakai pakaian tradisi. Ada mat lembut tu siap pakai ginju, dan songkok sekali. Jus buah di jual dalam mug, kita beli sekali dgn mug atau minum dlm buluh. Elok kongsi jer satu mug kemudian top up dgn harga yg lebih murah.

Kalau teguk foto ni, pondok-pondok yang ada tu, untuk kita duduk makan. Tapi
Apa yang saya catitkan tidaklah tersusun sangat...asal ingat jer. Kot mana pun, selamat melancung ke negara jiran.
PEMERHATIAN SAYA. Orang Siam nampak lebih rajin dari kita dan lebih bersih. Tandas di setiap kedai minyak bersih. Orang muda bawak motorsikal yg diguna sebagai teksi. Mana2 anak dara dan perempuan berani naik...tak kisah. Rajin? Pick up diguna sepenuhnya. Pagi2 bawa budak sekolah dan pekerja. Lembu dan kerbau, kayu api, hasil kebun semua naik pick up. Kalau nasib baik, akan nampak gajah pun naik pick up. Orang siam amat hormat dgn tok sami. AMARAN. Jangan permain gambar raja mereka, dan patung2 di setiap tempat. Jangan pegang kepala anak2 sekolah.
Mana2 pun kita berada, bawa anak2 solat bersama.

Klik sini: TANYA / CADANG
No comments:
Post a Comment