bukittinggi memang tinggi. terasa tingginya semasa naik teksi dari airport ke sana.
TAPI bila sampai, baik jalan2 dulu di kawasan airport. cari risalah percuma untuk pelancung. sembang2 dgn orang. lihat kedai souvenir, sasar apa nak beli di bukittinggi nanti.
tiba jer di airport Padang, cari kaunter teksi untuk ke bukittinggi. Bayar 220,000 rupiah, naik teksi lebih kurang 2 ke 3 jam. Sampai sana ambil hotel nikita atau hotel karisma, sebelah menyebelah. Nak mudah baik booking dulu.
Kat sini tak ada apa pun yg menarik kecuali kedai pakaian ala ala pasar malam, tapi dalam pondok dan kedai kedai kecik. Keluar hotel, belok kiri, jalan kaki sekejap, sampailah kedai kedai ni.

Tapi saya nasihatkan, hari pertama jangan beli apa apa lagi. Ambil teksi atau kereta kuda pergi LOBANG JEPANG atau menara jam. Ini je pun yg ada kat sini.
Penipuan di Lubang Jepun. Jangan guna guide, dia akan sembelih kita. Turun tangga, ada peta kat sebelah kanan. Ambil gambar peta tu. Tak ada maklumat langsung tentang lubang ini. Guna pintu yg sama untuk keluar. Pintu keluar sebenar dikunci dan anak kunci dipegang oleh guide. Dalam lubang ni tak ada apa! Projek nak baiki tak siap dah lebih 10 tahun. Nak masuk kena bayar 2 tiket. Bayar jer la.
Shopping! Bangun pagi pagi, depan hotel ada makcik pakcik jual t shirt. Tunggu orang indonesia tawar, dah tahu harga, baru beli. Tak payah nak tawar tawar lagi dah sebab kita dah tahu harga. Harga kat PASAR ATAS, 3 kali ganda lebih mahal.
Orang Indonesia dari pulau Jawa dan tempat2 lain ramai yg melancung ke sini.
Makan best. Belakang hotel, murah, bersih, harga amat patut. Warung kecik je pun.
Istana Minang. Nak pergi tempat ni memang jauh hingga terlelap. kalau drebar best dia bawak kita singgah dua tiga tempat lain yg menarik. tempat makan pun memang best. Bawa topi atau payung...panas terik. Sampai sini tak buat apa, cuma bergambar jer. Masa makan, belanja ler sekali drebar kita en buyong tu.

ini nombor telefon tele hayat kat sana +6281 5354 23674, encik buyong. salah seorang insan yg baik pernah saya jumpa, alim, peramah, tak tau tipu, dan tahu serba serbi kat sana.
kalau nak ke bukittinggi, call dia, dan dia akan tunggu di airport. dia ni drebar teksi di bukittinggi. dia akan bawa ke tempat makan yg best. paling menarik dia bawa ke tempat minum kopi paling unik. kopi ni dibuat dari daun kopi. minum pun dalam tempurung. mat salleh memang suka minum kat situ. kedai makan dia bawa, jenis duduk bersila, terletak dalam kolam tepi sawah padi yg cantik menawan.
dia ada juga bos lama dia yg jual daging kering yg diekspot hingga ke malaysia. terus beli kat rumah weyyy.
lepas terjumpa dia di bukittinggi, kawan aku booking terus hingga dia hantar balik ke Padang.
chili sauce. pastikan kalau kita ke Indonesia, jgn lupa bawa benda ni hah. kumpul lebihan dari McD. sos kat sana tak serupa macam Msia punya.
jalan ke Bukittinggi ada dua. bagi tau kat drebar pergi jalan lain, balik jalan lain. pemandangan dan pengalaman berbeza.
bila nak pergi? elok la pergi hari khamis, dapat juga solat Jumaat kat sana. cuma khutbah dia panjang giler. jangan salah anggap. khutbah dan surah mesti ringkas, sebab orang nak kerja. ini rasul cakap, bukan saya. balik isnin.
Pasar Aur Kuning. pergi sini naik tut tut jer, rajin rajin tanya orang. buka hari Sabtu dan Ahad sahaja.
shopping kasut crocs. kat Pasar Atas, kalau jalan kaki dari hotel, naik tangga kita akan jumpa kedai crocs. crocs china, bukan ori. peduli la apa depa nak kata, tapi harga dia murah, dan kualiti ok gak. jgn lupa tawar menawar.
No comments:
Post a Comment