kelapa bakar paling best saya minum ialah di TEMERLOH. di sini saya malas nak cari patin sebab dengar cerita ramai juga yang kena 'kencing'. itulah masalahnya orang Melayu yang tak berapa Islam; bila berniaga tak ingat akhirat!
selepas saja tol ke Temerloh, lebih kurang 1 km, akan ternampak warung kelapa bakar di sebelah kiri. masa saya berhenti, kelihatan yang berjual ialah seorang anak muda dan ibunya.
selain kelapa bakar, ada nira, leko, dan pisang goreng. kat atas meja ada biskut dan bahulu. semuanya best dan murah.
warong ini pula amat bersih dibanding tempat-tempat lain.
air kelapa ini dihidang di dalam jug. kalau ikut standard perut orang KL, 3 orang boleh minum.
saya ambil nira 1 botol, kelapa bakar sebiji, leko 7 potong, pisang goreng 4 keping, dan biskut kelapa 3 keping. jumlah semua 13 ringgit.
bercakap pasal ikan patin, beli sekor ikan, cuci perut saja dah cukup, sumbat rempah sesedap rasa, dan masukkan dalam microwave atau sauce pan yg kembar tu. jangan lupa taruk sekali tempoyak fresh. mak ooooiiii, sedapnya.
di pasar ahad termerloh, ada satu famili jual bermacam rempah yg dah siap di adun. adusss, bestnya. rempah ikan bakar, rempah rendang tok, semua ada. udah tu, produk mereka, bekas-bekasnya dan susunannya semua bersih dan kemas. tahniah kpd famili ni!
Tau apa maksud termerloh? orang utara selalu guna perkataan ini, iaitu tertidur! agaknya orang dulu-dulu kan kena berjalan kaki, jadinya bila sampai sini, mereka akan berehat dan tertidur sekejap. kalau sepetang pulak maksudnya, berjalan kaki, petang barulah sampai!
kelapa bakar sini memang berbaloi. selain harganya OK, layanan mesra orang kg pun kategori terbaik.
kelapa bakar sini memang berbaloi. selain harganya OK, layanan mesra orang kg pun kategori terbaik.
No comments:
Post a Comment